Oktober 28, 2009

(Gossip Indonesia) Lagu Baru Anang Luahan Hati kepada KD !!!


Anang Hermanshah meluahkan apa yang terbuku di dalam dirinya selepas menghadapi masalah rumah tangga dengan Krisdayanti dalam album baru berjudul Separuh Jiwaku Pergi.

Orang kata kalau pencipta lagu melalui saat-saat getir dalam jiwa dan diluahkan dalam lagu, nyanyiannya pasti penuh penghayatan.

Anang juga mencipta lagu dengan sepenuh jiwa. Dengarkan saja lagu Separuh Jiwaku Pergi yang berkisar pasal seorang wanita yang menghianati cinta si lelaki.

Benarku mencintaimu, Tapi tak begini, Kau khianati hati ini, Kau curangi aku, Kau bilang tak pernah bahagia, Selama dengan aku, Itu ucap bibirmu, Kau dustakan semua, Yang kita bina, Kau hancurkan semua...




Baca Selanjutnya

Itulah antara luahannya. Lagu-lagu lain yang dimuatkan, Belajarlah Untuk Cinta, Hujan Pun Menangis, Sakit, Bila Cinta Tak Dosa dan Hidup Ini Rahasia juga menceritakan luahan hati lelaki yang dikecewakan oleh wanita yang dicintai.

Lagu-lagu dalam album edaran SRC ini seolah-olah satu cerita panjang pasal kekecewaan hati Anang. Belajarlah Untuk Cinta menceritakan hati lelaki yang meminta si wanita belajar cara untuk mencintai kerana cinta sejati itu ibarat satu anugerah.

Hujan Pun Menangis pula satu perlambangan hujan yang menangis dan cinta ditelan dunia untuk menunjukkan betapa luka dan tergurisnya hati si lelaki apabila cinta yang diberikan sepenuh jiwa dan raga akhirnya hilang kerana semakin lama semakin tidak faham apakah kehendak si wanita.

Anang menulis, samudra... takkan cukup menulis inginmu, kau liarkan nafsu duniamu dalam lagu ini.

Sakit pula menceritakan kehancuran hati si lelaki apabila dihancurkan oleh wanita yang disifatkanya sebagai sakit dan payah dimengertikan.

Baitnya antara lain berbunyi:


Kau bilang tak pernah bahagia selama ini, kau hidup denganku dan kau bilang tak akan bahagia hidup terus denganku, kamu sakit, aku lebih baik pergi, tak bisa lagi aku hidup dengan caramu.

Di sinilah kreatifnya pencipta lagu yang boleh membawa kedukaan yang dirasai di dalam bentuk lagu yang dijadikan hiburan namun sebenarnya dia ingin luahkan apa yang terbuku di dalam hati sekali gus menyampaikan apa yang dirasainya kepada insan tertentu.

Info :Mangga