Baca Selanjutnya
Lagu ciptaan komposer dan penyanyi Tam Spider itu sekaligus merealisasikan impiannya yang mahu menyanyikan lagu dalam bahasa Cina.
“Saya memang sudah lama teringin menyanyikan lagu berbahasa Cina sebab saya tahu bercakap bahasa itu setelah belajar di sekolah Cina selama lapan tahun.
“Lagu Ai Mei Cuo merupakan lagu terakhir yang dirakamkan untuk album saya dalam minggu ini. Saya menyanyikan lagu secara duet dengan seorang penyanyi Cina, Max yang masih baru dalam industri seni ini.
“Selain lagu Ai Mei Cuo yang kalau tak silap saya bermaksud Tidak Salah Bercinta itu, tujuh lagu lain yang turut dimuatkan dalam album saya nanti adalah Diredup Matamu, Ratu Hati, Beri Rasa, Aku Atau Dia, Oh Juwita, Seadanya Aku dan Ada Untukmu,”katanya yang turut akan menghasilkan empat klip video lagu daripada album itu.
Antaranya lagu yang akan dihasilkan dalam bentuk klip video adalah Diredup Matamu, Oh Juwita, Beri Rasa dan Ai Mei Cuo.
Dengan kos hampir RM100,000, Nubhan menghasilkan lapan buah lagu termasuk empat buah klip video.
Mengenai pemilihan lagu berbahasa Cina itu, Nubhan berkata dia mahu menyasarkan album itu kepada pendengar berbangsa Cina dan akan menghantar lagu tersebut ke stesen radio Cina.
“Kalau lagu ini mendapat sambutan, saya akan buat sesuatu. Mana tahu saya boleh memboleh persembahan untuk majlis melibatkan bangsa Cina.
“Sebelum ini, saya pernah mendapat jemputan menyanyikan lagu berbahasa Cina, Tong Hua Guan Liang dan idea untuk menghasilkan lagu berbahasa Cina juga datang dari permintaan peminat dan penganjur majlis sebelum ini kerana merasakan saya mempunyai kelebihan itu,”beritahunya yang bernaung di bawah Artistes United Records Sdn Bhd (AUR) ini.