Januari 22, 2010

(Cerita Artis) Pengakuan Tony eusoff sudah mempunyai kekasih


Pelakon kelahiran sarawak yang berbangsa Bidayuh ini tidak seperti sesetengah artis lain di Malaysia yang suka merahsiakan status hubungannya.Beliau mengaku sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.Keterbukaan Tony mengambarkan beliau bukannya hipokrit seperti sesetengah artis tu..Mari kita ZoOm cerita Tony eusoff ini..!!



Baca Selanjutnya

"Saya sudah ada kekasih. Namanya Dawn Jeremiah. Kami sudah dua tahun bercinta....," jelas Tony ketika ditanya siapakah kekasih hatinya seperti yang diluahkan dalam program 'Selamat Pagi Malaysia' (SPM) semalam.

"Masa sudah berubah. Peminat-peminat sudah dapat menerima status sebenar seorang artis. Dan saya pula tidak suka berselindung atau mempunyai sifat hipokrit.

"Hanya kerana saya seorang artis, tidak bermakna saya terpaksa berbohong untuk menjaga hati peminat," kata pemuda berusia 33 tahun ini.

Namun, kata Tony, masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal berkahwin.

"Kami senang begini, tidak ada ikatan. Kami memang serius dalam menjalin hubungan ini tapi untuk bercakap pasal rumahtangga, rasanya belum masanya lagi," kata Tony.

Hubungan cinta bersama Dawn bukan satu rahsia di kalangan kawan-kawan Tony. Apa yang membuat kasih mereka kekal bertaut hingga ke hari ini ialah kerana sifat yang dimiliki Dawn.

"Dawn tidak seperti wanita lain. Dia tidak pernah mengongkong saya. Dia mempunyai ciri-ciri wanita yang saya suka...berdikari dan tahu apa yang dia nak.

"Saya jenis lelaki yang tidak suka wanita yang terlalu manja kerana ia agak merimaskan. Kami mempunyai kehidupan sendiri yang tidak menyesakkan stau sama lain," kata Tony yang pernah berlakon teater berbahasa Melayu pertama, "Bangsawan Naga Chini" tiga tahun lalu.

ZoOM: Semoga anda berdua bahagia hingga ke hari bahagia...Apa kata anda ?