Memaparkan catatan dengan label Nubhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nubhan. Papar semua catatan

Februari 08, 2010

(Gossip) Nubhan Akademi Fantasia Selekeh !!!

Inilah tajuk yang Zoom baca mengenai Nubhan AF ini,gossip ini ditimbulkan oleh penulis kerana sahabat beliau yang juga orang lama dalam dunia seni menyaksikan persembahan Nubhan.

Katanya, dia melihat Nubhan sekarang jauh berbeza dengan Nubhan yang diperkenalkan semasa keluar dari Akademi Fantasia dulu.





Baca Selanjutnya

Mungkin malam tersebut beliau ingin membawa gaya simple sehinggakan si pemerhati mengandaikan pakaian dan gaya Nubhan selekeh kot..Tetapi bagi Zoom Nubhan ini jenis kemas orangnya.

Zoom: Apa kata anda mengenai si penulis dan sahabatnya, terutamanya komen si sahabat mengenai Nubhan !!

Januari 22, 2010

(Cerita Artis) Nubhan Akademi Fantasia menyanyi bahasa cina !!


Jika sebelum ini kita sering mendengar penyanyi bukan berbangsa melayu menyanyikan lagu melayu, tapi kali ini artis kelahiran Negeri Sembilan dan keluaran AF ini tampil dengan album terbaru yang diselitkan dengan lagu cina.Dengan kemahiran berbahasa cina selama 8 tahun semasa belajar beliau menyahut cabaran untuk menyanyikan lagu Ai Mei Cuo untuk Album sulung.



Baca Selanjutnya

Lagu ciptaan komposer dan penyanyi Tam Spider itu sekaligus merealisasikan impiannya yang mahu menyanyikan lagu dalam bahasa Cina.

“Saya memang sudah lama teringin menyanyikan lagu berbahasa Cina sebab saya tahu bercakap bahasa itu setelah belajar di sekolah Cina selama lapan tahun.

“Lagu Ai Mei Cuo merupakan lagu terakhir yang dirakamkan untuk album saya dalam minggu ini. Saya menyanyikan lagu secara duet dengan seorang penyanyi Cina, Max yang masih baru dalam industri seni ini.

“Selain lagu Ai Mei Cuo yang kalau tak silap saya bermaksud Tidak Salah Bercinta itu, tujuh lagu lain yang turut dimuatkan dalam album saya nanti adalah Diredup Matamu, Ratu Hati, Beri Rasa, Aku Atau Dia, Oh Juwita, Seadanya Aku dan Ada Untukmu,”
katanya yang turut akan menghasilkan empat klip video lagu daripada album itu.

Antaranya lagu yang akan dihasilkan dalam bentuk klip video adalah Diredup Matamu, Oh Juwita, Beri Rasa dan Ai Mei Cuo.

Dengan kos hampir RM100,000, Nubhan menghasilkan lapan buah lagu termasuk empat buah klip video.

Mengenai pemilihan lagu berbahasa Cina itu, Nubhan berkata dia mahu menyasarkan album itu kepada pendengar berbangsa Cina dan akan menghantar lagu tersebut ke stesen radio Cina.
“Kalau lagu ini mendapat sambutan, saya akan buat sesuatu. Mana tahu saya boleh memboleh persembahan untuk majlis melibatkan bangsa Cina.

“Sebelum ini, saya pernah mendapat jemputan menyanyikan lagu berbahasa Cina, Tong Hua Guan Liang dan idea untuk menghasilkan lagu berbahasa Cina juga datang dari permintaan peminat dan penganjur majlis sebelum ini kerana merasakan saya mempunyai kelebihan itu,”
beritahunya yang bernaung di bawah Artistes United Records Sdn Bhd (AUR) ini.

Januari 08, 2010

(Cerita Artis) Nubhan sakit tulang belakang !!!


Bersahaja, ramah dan tampan...dek kerana penangan tiga kriteria ini membuatkan nama anak muda ini semakin hari semakin melonjak ke dalam bidang seni. Namun di sebalik keceriaan wajah tampannya, Nubhan sebenarnya mengalami masalah kesihatan yang agak serius.



Baca Selanjutnya

Sekarang ini Nubhan sedang menjalani rawatan Moden dan Tradisional, dan beliau lebih selesa membawa kenderaan sendiri jika ada program kerana lebih mudah beliau berhenti jika tulang belakang terasa sakit...Apa kata anda mengenai anak muda ini !!!?

September 25, 2009

(Artis Raya) Nubhan Teringat Ayah Masa Raya !!!!

DALAM kita bergembira menyambut hari raya pasti ada yang berduka. Setiap insan pasti akan mempunyai satu kenangan yang pahit untuk dilalui tanpa insan yang tersayang tambah-tambah lagi di hari raya.

Selepas pemergian ayahanda tercinta Ahamad Abdul Rahman, 67, yang meninggal dunia malam Rabu (7 Januari 2009) kerana serangan sakit jantung, Ahmad Nubhan Ahamad, 22, atau Nubhan masih teringatkan berbagai kenangan beraya bersama ayahnya biarpun lebaran sudah berlalu.
"Tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya tanpa arwah ayah, jadi saya tidak tahu bagaimana hendak menghadapinya.

"Berbagai kenangan kami lalui bersama ketika menyambut hari raya... ayahlah orang yang paling bertanggungjawab bila tiba bulan puasa dan hari raya.

"Kalau bab persiapan, semua kami serahkan pada ayah, dia yang akan mengemas rumah, beli baju raya kami semua, kalau dia rajin dia akan bakar lemang sendiri.

"Semua akan dilakukan oleh ayah, mak hanya berehat sahaja. Tetapi tahun ini semuanya saya lakukan bersama dengan mak, abang ipar saya, saudara mara semua turut membantu," jelas Nubhan yang ditemui ketika menjayakan kempen jom balik kampung anjuran SuriaFm dan Munchy's di stesyen KTMB Kuala Lumpur baru-baru ini.

Nubhan juga sudah memiliki pengurus baru iaitu Fauzi Abdul Samad. Fauzi telah menggantikan tempat Vernon Kedit-Jolly yang menguruskan Nubhan sebelum ini.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pengurus baru, nama dia Fauzi Abdul Samad dan kami panggil dia Poji.

"Dia baru menjadi pengurus saya dalam tempoh dua bulan dan apa yang saya lihat dia sangat bagus dalam menjalankan tugasnya.

"Mungkin cara dia dan Vernon berlainan, tetapi saya percaya mereka masing-masing mempunyai objektif yang sama di dalam industri hiburan tanah air kita," jelas Nubhan.

Nubhan yang beraya di kampungnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, mengatakan dia akan mencari pelung untuk beraya bersama teman-teman lamanya di kampung kerana pada tahun lepas dia tidak sempat untuk beraya dengan mereka.

"Saya akan cuba untuk mencuri sedikit masa beraya dengan kawan-kawan lama saya... tahun lepas saya langsung tidak jumpa mereka sampai ada yang merajuk dengan saya."Tahun lepas tahun pertama saya beraya sebagai seorang artis, jadi rumah sentiasa penuh dikunjungi para peminat sampai saya tidak boleh hendak kemana-mana.

"Jadi tahun ini saya akan cuba dapatkan peluang untuk beraya dengan kawan-kawan, supaya mereka tidak merajuk lagi dengan saya," katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu 'Ada Untukmu' ini juga akan mengeluarkan sebuah album solonya yang dijangka akan dikeluarkan pada November atau Disember tahun ini.

"Insya-Allah album saya akan dikeluarkan pada November atau Disember nanti sebab sekarangpun masih lagi dalam proses rakaman."Album ini akan memuatkan 10 buah lagu, tetapi tajuknya masih belum diputuskan lagi dan album ini bergenre pop rock dan balada.

"Kesemua komposer yang mencipta lagu untuk saya dalam album ini juga handal-handal seperti Sharon Paul, Audi Mok, Tam Spider dan ramai lagi," jelas Nubhan yang juga merupakan artis yang lahir dari program realiti Akademi Fantasia musim keenam.

Zoom Komen: Kesian Kat Nubhan, Raya tahun ini beraya tanpa ayah tercinta.Mungkin yang maha esa lagi menyayangi arwah.Semoga Arwah berada dikalangan orang-orang yang beriman..Amin..!!!

Mei 14, 2009

Nubhan & Stacy: Pasangan Teman Tapi Mesra Terbaru

Gossip Panas : Nubhan and Stacy

Nubhan & Stacy sudah di’ketahui rapat semenjak berada dalam Akademi Fantasia lagi, cuma sejak akhir-akhir ini hubungan intim mereka mula menjadi bualan ramai. Ramai kata mereka sudah mula jatuh cinta antara satu sama lain.

Ketika di’tanya tentang hubungan mereka oleh seorang wartawan hiburan, Stacy menjawab yang dia memang menyayangi Nubhan tetapi sehingga hari ini, hubungan mereka hanya sekadar ‘teman tapi mesra’.

Stacy turut mengakui yang Nubhan adalah teman paling rapat yang beliau ada. Nubhan menurut Stacy pandai mengambil hati & tahu apa kehendak diri beliau.

Hai Stacy, tidak takut’kah akan penangan istilah ‘teman tapi mesra’ seperti mana yang terjadi kepada Fahrin Ahmad & Linda Onn? Jika betul ada rasa cinta antara kalian berdua, apa salahnya dedahkan pada umum. Peminat pun muak agaknya dengan istilah ‘teman tapi mesra’ ini.