Julai 23, 2009

(Celebrity News) Akim AF 7 Semakin Popular !!!!


Akim AF7 kini semakin popular dengan lagu Bengang yang kerap diputarkan di corong-corong radio. Nampaknya perjalanan seni remaja dari Johor itu agak cerah.

Apabila berasa masa depannya yang nampak ada peluang dan kesungguhannya sendiri untuk menjadi penyanyi, Akim mendapat sokongan bapa saudaranya, Mat Mega, bekas anggota kumpulan Mega.

"Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini mempunyai kesungguhan menyanyi, apabila tinggal dengan saya dan nampak dia bersungguh-sungguh barulah saya sedia membantu.

"Kalau nampak macam payah untuk mencipta nama, saya akan suruh dia balik saja ke Johor, tapi saya nampak Akim ni ada bakat yang boleh diserlahkan.

"Saya sudah lama tidak cipta lagu... nampaknya saya kena aktif balik dan saya akan mencipta lagu untuk album Akim nanti," kata Mat.


Menurut Mat, Akim seorang yang berani dan tidak segan untuk menyerlahkan bakatnya di khalayak ramai.

Namun Jejaka AF 7 Tidak terlepas dari Gossip yang melanda,Kalau sebelum Ini Akim digossipkan dengan Aisyah AF7,Tetapi Akim menafikan yang mereka berdua hanyala setakat sahabat..Dan Yang terbaru Gossip Akim Dan Dayana ANAK WAYANG,Akim turut menafikan dan menyatakan Dayana Hanyalah Sekadar peminatnya..Apa-apalah dik..asal ko bahagia.Tumpukan pada perjuangan Akim...Go Go Go And Go...Until u Sucess..Kalau Duit Dah cukup Hantar Jer Pinangan tapi jangan la awal sangat kumpul duit byk2 macam mawi tue heheheheehheeh ....