November 16, 2010

Kumpulan May Buat Pinjaman Untuk Buat Album

ZoOm tabik dengan kumpulan May ni kerana penglibatan mereka hampir 25 tahun di persada seni di Malaysia khasnya.Walaupun ramai anak seni diluar sana tidak berani mengeluarkan duit sendiri untuk merakam dan mempromosikan album sendiri namun tidak bagi kumpulan May yang diketuai oleh saudara Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din. Berikut kata-kata daripada ketua kumpulan ini di utusan; 


“Album terbaru MAY ini yang berjudul MAY 25th. Anniversary amat penting kerana ia adalah ulang tahun kami yang ke-25 pada tahun depan. Proses rakaman sedang dijalankan dan album ini akan berada di pasaran tahun depan.

“Sebab itu, kami tetap berusaha termasuklah mendapatkan pinjaman RM130,000 daripada Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta yang disediakan oleh kerajaan baru-baru ini. Apa cara pun album itu harus diterbitkan.