Bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI) di TV3, Nadia Shahrul Anuar sah bercerai talak satu dengan suaminya, Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Rabu.
Perceraian secara baik itu dilafazkan di hadapan Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain memberitahu anak guamnya, Sulaiman bersetuju untulk melafazkan cerai.
Menurut Mohd Zaidi, persetujuan dicapai selepas Sulaiman, 29, selaku plaintif dan Nadia, 26, yang dinamakan sebagai defendan berpuas hati dengan perjanjian penyelesaian yang ditandatangani pada 25 Ogos lalu.
Antara perkara yang dipersetujui ialah hak penjagaan kekal anak tunggal pasangan itu, Mohamed Aaron Erwin, tiga tahun, diserahkan kepada Sulaiman.
Nadia pula dibenarkan untuk mengambil anaknya pada hujung minggu dan pada waktu-waktu kecemasan dan dibenarkan untuk membawa kanak-kanak itu ke tempat yang selamat dalam jagaannya.
Zoom: Kesian dekat anak-anak, tapi inilah yang berlaku jika sudah tidak ada persefahaman anak juga yang jadi mangsa.