Memaparkan catatan dengan label Aleeza Kassim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aleeza Kassim. Papar semua catatan

Oktober 27, 2010

Aleeza Kassim Dan Suami Sah Bercerai

 Bulan ini satu persatu artis kita bercerai, mungkin bukan jodoh mereka. Adakah ada hikmah disebalik perpisahan mereka ini, dan terbaru hari ni SAH Aleeza Kassim dan suami Datuk Mohd Fauzi Che Ros sah bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu, dalam prosiding yang dibuat secara tertutup.
Info : Mstar 27/10/2010

Februari 28, 2010

(Gossip) Gambar Seksi Aleeza Kassim !!


Entah la ini gambar lama ke baru,hanya untuk berkongsi dengan anda perkembangan terbaru di internet.Menurut info dari akhbar Mstar Aleeza ini mengaku cerewet tentang bayaran berlakon.

Mana-mana je la Aleeza asal awak selesa dengan cara awak....Ikuti luahan artis seksi ini.:-


"Saya tahu memang ada beberapa produser tak suka cara saya tapi saya suka berterus terang. Jika tawaran yang diberikan, tak berapa sen hingga nak beli sehelai baju saya pun belum tentu dapat, buat apa.

"Lebih baik saya tumpukan pada bidang permodelan kerana saya sudah biasa dengan bidang itu. Lagi pun, kerja model tidak seteruk berlakon," jelas peragawati jelita ini.
Aleeza, yang juga model produk Kopi Al-Habsyee, baru pulang dari India menjayakan Karachi Fashion Week selama 7 hari.

Banyak kenangan manis yang dikutip di sana. Pemergian Aleeza ke sana selain mengambil bahagian dalam minggu fesyen dengan menggayakan pakaian rekaan Amir Luqman dan Kirana, dia juga berasa cukup bertuah kerana mendapat ramai kenalan baru.
Tanpa segan silu, Aleeza berkata dia terpesona dengan kecantikan model perempuan dan ketampanan model lelaki dari Pakistan.

Zoom: Apa kata anda ?

November 28, 2009

(Gambar)Aleeza Kassim Yang Seksi !!!


Zoom bukan nak jaga tepi kain keluarga orang tapi sekadar ingin berkongsi pendapat dengan anda mengenai cara pemakaian artis yang setahu zoom sudah berkahwin pada 2007. Kemana perginya tugas yang sepatutnya di pikul sebagai seorang suami.Gambar pakai tudung tu hanya sementara je kot, jika anda pernah melihat aksi si isteri orang ni pastinya anda akan terkedu.





Baca Selanjutnya

Gambar Kat atas adalah salah satu gambar terbaru artis yang bergelar isteri orang ini,apa pendapat anda? kain dah habis? si suami tutup sebelah mata ? Pengaruh orang lain atau sbgnya..!!

Oktober 01, 2009

(Celebrity News) Aleeza selamat jalani pembedahan Di Kepala !!!!


AKTRES dan model, Aleeza Kassim telah selamat menjalani pembedahan mengeluarkan cecair kuman dari bahagian kepalanya di Hospital Pakar Damansara pada jam 1 tengahari kelmarin (29 Disember).

Menurut seorang kenalan rapat Aleeza pembedahan selama 3 jam tersebut bertujuan menyedut cecair kuman di bahagian kepala Aleeza melalui hidung dan juga otak.

"Dia dimasukkan ke hospital kelmarin untuk menjalani pembedahan di bahagian kepalanya.



Baca Selanjutnya


"Suami Aleeza, Mohd Fauzi Che Rus yang menghantarnya ke hospital.

"Pembedahan tersebut bertujuan untuk menyedut cecair di bahagian muka dan kepalanya yang dipercayai akibat jangkitan kuman, bukan kerana mengalami pendarahan dalam otak.

"Doktor cuba memasukkan wayar melalui hidung dan otaknya untuk menyedut kuman tersebut dan sekarang dia berada di dalam keadaan stabil, boleh bercakap dan makan," katanya yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Menurutnya juga, Aleeza telah menelefonnya sehari sebelum dimasukkan ke hospital memberitahu bahawa dia (Aleeza) mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, deman dan migrain.

"Sehari sebelum dia dimasukkan ke hospital, dia ada telefon saya dia kata dia mengalami kesukaran untuk bernafas, penat, demam dan migrain.

"Masa dia telefon saya itu juga, dia beritahu saya dia akan jalani pembedahan pada hari ini dan dia minta saya datang untuk teman dia di hospital," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan Aleeza selepas sehari menjalani pembedahan tersebut agak kurang baik, namun setelah dua hari Aleeza telah menunjukkan perubahan yang baik.

"Masa selepas pembedahan tersebut, saya lihat keadaan dia tidak berapa baik begitu juga sehari selepasnya.

"Dia mengadu pada saya dia rasa sakit-sakit di bahagian muka dan kepalanya, dan kadangkala ada darah mngalir keluar dari hidungnya.

"Tetapi selepas dua hari tempoh pembedahan, dia menunjukkan perkembangan yang positif di mana dia sudah boleh bercakap dan makan makanan yang lembut seperti bubur.

"Selepas hari pembedahan tersebut, Aleeza dijaga oleh suaminya sehingga hari ini di hospital," katanya.

Menurut kenalan rapat Aleeza ini, model tinggi lampai itu dimasukkan ke hospital tanpa pengetahuan umum dan hanya dikhabarkan kepada ahli keluarga Aleeza dan rakan-rakan yang rapat sahaja.

"Memang Aleeza minta tidak dihebohkan mengenai dia dimasukkan ke hospital, dia hanya ingin ahli keluarganya dan rakan-rakan yang rapat sahaja tahu.

"Sewaktu pembedahan hari itu juga, semua ahli keluarganya hadir di hospital," ujarnya.

Katanya lagi, berkemungkinan Aleeza akan dibenarkan pulang ke rumah dalam sehari dua lagi jika terus menunjukkan perubahan positif.

Zoom KOmen: Semoga Cepat Sembuh...Lama Juga tak dengar khabar Model dan artis ni..!!!