Mei 21, 2012

Artis Malaysia : Komen Nabila Huda Menjadi Ibu Tunggal

ZoOM : Bagi ZoOm menjadi ibu tunggal memang perit dan susah jika tidak mampu mengawal dan merancangnya. Namun anak kepada legenda rock Malaysia (Amy Search) menyatakan status ibu tunggal tidak menggangu emosinya malah lebih selesa berstatus sedemikian. Dan berikut komen beliau apabila ditanya oleh wartawan :

“Saya gembira dan bahagia dengan kehidupan sebagai ibu tunggal. Walaupun ada ketikanya, perasaan sedih itu datang tetapi saya dapat atasi kerana kesibukan kerja dan anak saya yang sentiasa bersama.

“Pada fasa ini, saya semakin sukar untuk berenggang dengan Keisha kerana mudah rindu padanya. Setakat ini, saya akan bawa dia bersama ke lokasi penggambaran walau di mana sekali pun,” katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Nabila memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman.

Ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti, Nabila berkata pada peringkat ini keutamaannya adalah pada kerjaya dan anak.

“Bukan saya trauma atau serik dengan kegagalan perkahwinan tetapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini.

“Saya tidak mudah untuk jatuh hati dan belum terfikir untuk mencari teman lelaki pun. Malah, saya tiada teman istimewa kerana jarang berpeluang untuk bersosial kerana setiap hari sibuk dengan penggambaran dan urusan anak,” jelasnya.

Sempat diusik mengenai gosip hubungannya dengan aktor baru Johan As’ari, Nabila memohon agar spekulasi tersebut dihentikan kerana dia khuatir ia boleh menjejaskan perkembangan karier aktor itu.

“Kami hanya kawan rapat dan saya percaya peminat juga sudah letih mendengar gosip sebegini. Saya berharap spekulasi ini dihentikan kerana tidak mahu ia menjejaskan perjalanan karier Johan yang baru bertapak.

“Mungkin gosip begini tidak begitu mengganggu saya yang sudah berada pada zon yang selesa tetapi kasihanlah pada dia yang baru bermula,” ujarnya.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!