PETALING JAYA: Pelakon filem Niyang Rapik, Zed Zaidi berasa sedih selepas mengetahui isterinya, Nelly Natalia tidak hamil anak kembar seperti mana yang dimaklumkan sebelum ini.
Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 31, berkata, isterinya yang mengandung tiga bulan telah melakukan pemeriksaan kali kedua di sebuah klinik dan diberitahu oleh doktor tentang perkara itu.
"Sebelum ini masa buat pemeriksaan awal, doktor kata mungkin isteri saya mengandung anak kembar tetapi selepas melakukan pemeriksaan semalam, hanya ada seorang bayi sahaja.Tambah Zed, seperti kebanyakan ibu mengandung lain, isterinya, turut mengalami alahan teruk pada peringkat awal kandungan.
"Walaupun sedikit hampa tetapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang telah diberikan kepada saya dan isteri," ujarnya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat.







