Memaparkan catatan dengan label Enot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Enot. Papar semua catatan

Mac 19, 2012

Gambar Enot Aliza Abdullah Bertudung

Alhamdulillah kalau dah bertudung, tetapi jangan semasa program dan masa ini je baru nak pakai tudung yer Kak Enot. ZoOM sebenarnya duduk dan berkampung mencari rezeki di tempat yang sama dengan Enot semasa hari puasa tahun lepas.

Dan ZoOM tahu apa yang Enot buat kalau dah boring, harap-harap buanglah tabiat itu ye. Maklumlah Akak Enot kan perempuan tak baik tau...tengok akak Didie Alias kita masa berniaga..kecoh tapi sempoi no S****2 yer... :)

Tahniah dan jika betul anda adalah pemenangnya...


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Disember 24, 2009

(Gambar) Rambut terbaru didie Alias Sehati Berdansa 3 !!!!


Ini la fesyen terbaru dari pelakon pelawak dan peserta Sehati Berdansa 3 ini, dan mungkin inilah fesyen rambut terkini yang di bawa oleh Didie ni :P..Apa kata anda !?



Baca Selanjutnya


November 10, 2009

(Sehati Berdansa) Pasangan Enot Dan suami Terkeluar !!


Ini lah pasangan yang berani menyahut cabaran, tahniah kepada anda berdua walaupun terkeluar di minggu ke 3..Ikuti luahan dan komen Enot hari ini..!!


Baca Selanjutnya

"Saya sudah boleh rasakan akan tersingkir minggu ini kerana juri ada mengatakan persembahan kami tiada peningkatan. Kalau diikutkan, saya sasarkan untuk bertahan sehingga minggu kelima dan ada juga berhasrat untuk sampai ke 'final'.

"Tapi nampaknya rezeki kami sampai minggu ini saja. Memang sayang sangat, sebab kalau boleh, saya ingin cuba pelbagai jenis tarian lain seperti Salsa. Saya nak buktikan badan besar seperti saya juga mampu menari," katanya dalam nada sebak.

Berdasarkan markah keseluruhan pada minggu tersebut, pasangan Dira dan Ash menerima kutipan markah tertinggi iaitu sebanyak 53.57 peratus, diikuti dengan Sazzy dan Nazril (51.21), Sein dan Nana (50.17), Isma dan Zul (49.49), Didie dan Sham (48.87), Oshin dan Firdaus (47.99), Mirnawan dan Norah (44.91) serta Enot dan Zainul (43).

Dengan penyingkiran Enot dan suaminya itu, pasangan tersebut hanya mampu mengumpul dana sebanyak RM3,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili di dalam program ini iaitu Yayasan Paru-Paru Malaysia.

"Tidak boleh salahkan suami saya. Dia memang tidak pernah menari seumur hidup dia. Zainul sebenarnya tidak mahu pun sertai program ini, tetapi dia terima juga kerana saya. Dia memang susah sikit nak ikut tempo, apatah lagi dia pernah sakit sebelum ini.

"Apapun, kami tidak 'terasa' pun dengan kritikan juri. Malah, kami lebih 'terasa' apabila juri pernah memberikan kami markah yang agak tinggi sedangkan persembahan kami tidaklah begitu bagus pun.

"Itu membuatkan kami takut kerana kami tahu di luar sana ramai orang yang sering bercakap bahawa kami sepatutnya tersingkir awal," tutur Enot.

Zainul pula berkata, dia sudah cuba melakukan yang terbaik sepanjang tiga minggu berada di dalam program ini.

"Koreografer kami, Anuar, juga banyak membantu dan cuba hasilkan gerak tari terbaik untuk kami. Saya akui, ada pergerakan yang saya rasa susah dan tidak mampu untuk lakukan. Tetapi, saya tetap cuba berikan yang terbaik.

"Dan saya juga akui agak gementar ketika beraksi di pentas. Bila sesi latihan, saya rasa 'ok' saja, tetapi bila di pentas, saya memang jadi sangat gementar," ujarnya.

Zoom Komen: Zoom Tabik kat Pasangan Enot kerana berani memikul beban yang diberikan kepada mereka. Walaupun suami enot tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman berani tetapi beliau berani, jika anda bernama lelaki adakah anda berani menyahut cabaran ini !!?

November 08, 2009

(Sehati Berdansa) Enot Hilang 12 KG Dalam Sebulan !!


KUALA LUMPUR, 5 NOVEMBER 2009 : Pelakon dan pelawak, Alliza Binti Abdullah, 31, atau lebih mesra dengan panggilan Enot, tidak meyangka berat badannya turun 12 Kilogram selepas sebulan terbabit dalam program realiti tarian Sehati Berdansa 3.

Enot yang sebelum ini memiliki berat badan 126 Kilogram nyata berpuas hati dan terkejut dengan perubahan dirinya itu.

"Saya bukannya selalu timbang, apatah lagi sibuk sejak kebelakangan ini. Saya hanya menumpukan perhatian bagi memastikan rentak tari saya sempurna untuk menyalurkan sumbagan kepada Yayasan Paru-Paru Malaysia. Tak sedar pula, berat saya dah berkurangan dalam tempoh sebulan"
kata Enot.



Baca Selanjutnya

Walaupun bersaiz XL artis kita ini berani memikul tanggungjawap sebagai salah seorang peserta Sehati Berdansa. Enot bersama suaminya Zainul Abidin Bin Mat Noor, 38 masih bertahan sehingga minggu ke 2. Malam ini penentu samada beliau dan suami masih layak ke pusingan yang seterusnya.

Apa KOmen anda ?..


Oktober 27, 2009

(Gambar) Peserta Sehati Berdansa dan komen Ahli Sukan ( Minarwan )


PENTAS Sehati Berdansa musim ketiga membuka tirai Sabtu lalu dengan menyaksikan persembahan tarian sembilan pasangan selebriti yang bertemakan 'Malam Yo' iaitu tarian hip-hop.

Isma AF7 dan suaminya, Zul nampaknya berjaya mengatasi lapan pasangan lain iaitu Sazzy Falak dan Nazril, Dira dan Ash, Anita Baharom dan Ismadi, Mirna dan Norah, Oshin dan Firdaus, Didie Alias dan Sham, Sein dan Nana serta Enot dan Zainul apabila muncul sebagai pasangan yang menerima markah tertinggi secara keseluruhannya iaitu 55 peratus, diikuti oleh pasangan Dira, Sein dan Sazzy.



Baca Selanjutnya





Sedih sangat pada awalnya, kerana ini baru minggu pertama. Kami memang mengharapkan sangat agar tidak ada penyingkiran untuk minggu pertama ini. Tapi dalam masa yang sama, kami tetap bersiap-sedia kerana program ini memang banyak 'kejutan'.

"Apapun, kami gembira diberikan peluang kedua. Kami sudah mempelajari tarian hip-hop dan harap-harap, dapatlah kekal lama supaya dapat belajar lebih banyak tarian lagi," kata Mirna yang mewakili badan kebajikan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan ini.

"Tetapi mungkin juga juri melihat daripada aspek-aspek tertentu," kata Mirna yang dibimbing oleh Dayana, koregrafer untuk pasangan ini.

Isteri Mirna, Norah juga menambah, andai kata tersingkir pada malam itu, dia pasti akan rasa bersalah.

"Ada sedikit yang saya tersilap sewaktu buat persembahan, tapi nasib baik Mirna pandai 'cover' ketika itu. Sebab itulah kalau kami tersingkir juga, saya pasti akan menyalahkan diri saya," katanya yang bertugas sebagai pramugari.

Dalam pada itu, Mirna juga berkata, dia seboleh mungkin ingin mengikis tanggapan ramai yang merasakan ahli sukan sepertinya tidak boleh menari dengan baik.

Jika melihat dua musim terdahulu, ahli sukan yang menyertai program ini sering dilihat tersingkir awal. Namun, Mirna tidak mahu persepsi seperti itu lekat di dalam minda penonton.

"Saya ingin cuba ubah tanggapan bahawa ahli sukan tidak boleh menari dan akan tersingkir awal. Persepsi itu yang membuatkan penonton juga tidak meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan tersebut.

"Apapun, saya sendiri akan cuba yang terbaik dan terpulanglah kepada pengundi di luar sana dan juri untuk menilai," katanya.

Zoom Komen: Semoga berjaya Bro Mirnawan, zoom tabik kat bro sebab kenbanyakan ahli sukan agak sukar untuk menari..!!! Apa KOmen anda