Oktober 27, 2009

(Gambar) Peserta Sehati Berdansa dan komen Ahli Sukan ( Minarwan )


PENTAS Sehati Berdansa musim ketiga membuka tirai Sabtu lalu dengan menyaksikan persembahan tarian sembilan pasangan selebriti yang bertemakan 'Malam Yo' iaitu tarian hip-hop.

Isma AF7 dan suaminya, Zul nampaknya berjaya mengatasi lapan pasangan lain iaitu Sazzy Falak dan Nazril, Dira dan Ash, Anita Baharom dan Ismadi, Mirna dan Norah, Oshin dan Firdaus, Didie Alias dan Sham, Sein dan Nana serta Enot dan Zainul apabila muncul sebagai pasangan yang menerima markah tertinggi secara keseluruhannya iaitu 55 peratus, diikuti oleh pasangan Dira, Sein dan Sazzy.



Baca Selanjutnya





Sedih sangat pada awalnya, kerana ini baru minggu pertama. Kami memang mengharapkan sangat agar tidak ada penyingkiran untuk minggu pertama ini. Tapi dalam masa yang sama, kami tetap bersiap-sedia kerana program ini memang banyak 'kejutan'.

"Apapun, kami gembira diberikan peluang kedua. Kami sudah mempelajari tarian hip-hop dan harap-harap, dapatlah kekal lama supaya dapat belajar lebih banyak tarian lagi," kata Mirna yang mewakili badan kebajikan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan ini.

"Tetapi mungkin juga juri melihat daripada aspek-aspek tertentu," kata Mirna yang dibimbing oleh Dayana, koregrafer untuk pasangan ini.

Isteri Mirna, Norah juga menambah, andai kata tersingkir pada malam itu, dia pasti akan rasa bersalah.

"Ada sedikit yang saya tersilap sewaktu buat persembahan, tapi nasib baik Mirna pandai 'cover' ketika itu. Sebab itulah kalau kami tersingkir juga, saya pasti akan menyalahkan diri saya," katanya yang bertugas sebagai pramugari.

Dalam pada itu, Mirna juga berkata, dia seboleh mungkin ingin mengikis tanggapan ramai yang merasakan ahli sukan sepertinya tidak boleh menari dengan baik.

Jika melihat dua musim terdahulu, ahli sukan yang menyertai program ini sering dilihat tersingkir awal. Namun, Mirna tidak mahu persepsi seperti itu lekat di dalam minda penonton.

"Saya ingin cuba ubah tanggapan bahawa ahli sukan tidak boleh menari dan akan tersingkir awal. Persepsi itu yang membuatkan penonton juga tidak meletakkan harapan yang tinggi pada pasangan tersebut.

"Apapun, saya sendiri akan cuba yang terbaik dan terpulanglah kepada pengundi di luar sana dan juri untuk menilai," katanya.

Zoom Komen: Semoga berjaya Bro Mirnawan, zoom tabik kat bro sebab kenbanyakan ahli sukan agak sukar untuk menari..!!! Apa KOmen anda