Oktober 27, 2009

(Gossip) Fazli Zainal 'diboikot' kerana terlalu lantang bersuara?


TAK tau di mana silapnya, tiba-tiba saja nama penyanyi Fazli Zainal seolah-olah 'tergelincir' dari nama penyanyi popular masa kini. Malah single keduanya 'Kalbu'ciptaan komposer Azlan Abu Hassan jarang sekali kedengaran di corong radio.

Ada yang kata, lagu itu tidak sehebat hit pertamanya 'Harapan'. Ada pula yang kata Fazli 'diboikot' kerana terlalu lantang bersuara dan mengkritik polisi sesetengah drama swasta.

Ketika ditemui di rumah terbuka selebriti 'kontroversi' Azwan Ali baru-baru ini, Fazli tidak menolak kemungkinan dia 'dihukum' kerana terlalu berani berkata benar.

"Mungkin juga sebab sesetengah stesen rasakan 'Kalbu' hampir serupa dengan karya-karya Azlan Abu Hassan sebelum ini seperti 'Izinku Pergi' (Kaer), 'Dingin' (Ziana Zain) dan 'Terlalu istimewa' (Adibah Nor).



Baca Selanjutnya

"Mungkin juga lagu itu lebih relaks berbanding 'Harapan dan 'Sejuta Nafas Cinta' daripada alabum pertama atau mungkin sesetengah pihak radio 'memboikot' saya yang terlalu lantang bersuara tentang isu lagu Indonesia yang terlalu kerap ke udara dan mahukan dasar 90:10 dilaksanakan oleh kerajaan," jelas penyanyi berhemah ini.

Namun ketika ditanya adakah dia berkecil hati dengan sikap stesen radio swasta yang seolah-olah memandang dingin kepada lagu barunya, Fazli berkata dia pasrah.

"Lagipun bukan semua radio swasta yang tak support saya cuma mereka kurang putarkan lagu daripada single pertama saya yang menyebabkan peminat-peminat tertanya-tanya tentang lagu baru saya.

"Sebenarnya radio swasta masih menyokong saya dan memutarkan lagu 'Harapan' daripada album pertama. Jadi saya tak perlu berkecil hati," jelas Fazli yang berasal dari Kampung Melayu, Majidee, Johor ini.

Lagu 'Harapan' memberi banyak sinar harapan pada penyanyi berbakat besar ini. Kemerduan suaranya yang gemersik itu cukup sesuai menyanyi lagu hit dalam album pertamanya itu pada tahun 2006.

Pengalaman menyanyi di kelab malam selama 8 tahun banyak mengajar Fazli tentang asam garam hidup orang seni.

"Saya biasa menyanyi pelbagai jenis genre muzik, lagu dan bahasa. Saya tak pernah mengklasifikasikan mengredkan diri saya kerana seni itu terlalu luas untuk dibincangkan.

"Setiap manusia punya selera dan citarasa berbeza. Tepuk dada, tanyalah selera...," kata Fazli yang akan sibuk mempromosikan lagu single keduanya 'Suara Hati' ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fitri Yahya.

Sebelum mengakhiri perbualan, anak muda yang bijak berfalsafah ini sempat melontarkan pandangannya secara peribadi, "Seorang anak seni boleh meruntunkan hati jutaan peminat dengan sebuah lagu. Namun jutaan peminat belum tentu dapat menghargai karya seni seorang anak seni."

Info: Mstar

Zoom Komen : alahai kenapa la ada juga kisah macam ni, teruk sangat ke sampai main boikot2 ni!!! kesian kat orang, kalau periuk nasi dia kena boikot macam si faizal ni apa cerita.. !!!? Apa KOmen anda !!!?