Oktober 27, 2009

(Hollywood) Ronan hentikan promosi album untuk Gately !!


Ronan Keating, ahli kumpulan Boyzone ini telah menangguhkan perancangannya untuk mempromosikan album solo terbarunya kerana ingin berkabung di atas kematian rakannya, Stephen Gately.



Baca Selanjutnya

Semua ahli anggota Boyzone itu telah pergi ke Majorca, Sepanyol dengan anggota lain kumpulan tersebut setelah mendapat berita tentang kematian mengejut Gately, baru-baru ini. Dia kemudiannya kembali ke Ireland mengiringi kumpulan yang membawa pulang mayat Gately untuk upacara pengebumian pada 17 Oktober lepas.

Ronan kemudiannya bercadang untuk memberhentikan seketika aktiviti promosi albumnya sehinggalah dia bersedia untuk membuat kemunculan semula kelak.