Memaparkan catatan dengan label Hollywood gossip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hollywood gossip. Papar semua catatan

Jun 25, 2012

[Panas] Madonna hapus DNA sendiri

RATU penghapus asid deoksiribonukleik (DNA)! Mungkin itu gelaran terbaharu yang boleh dilabelkan terhadap Madonna.

Bintang tersohor itu sememangnya diketahui umum terkenal dengan lagak seorang diva, terutama dalam menetapkan syarat-syarat dan menyenaraikan benda-benda tertentu yang diinginkan setiap kali muncul dalam persembahan konsertnya.

Namun, Madonna mungkin satu-satunya selebriti yang bersikap ekstra diva apabila satu kumpulan pensterilan telah ditubuhkan khusus untuk membersihkan sebarang DNA dirinya yang terdapat dalam bilik khas tempat dia bersolek dan berehat di belakang pentas MDNA World Tour.

Ikon berusia 53 tahun itu juga menegaskan kepada pihak penganjur konsert jelajah terbaharunya itu bahawa hanya orang-orang tertentu yang disenaraikan oleh dirinya dibenarkan memasuki kawasan belakang pentas yang menempatkan bilik khas itu.

Promoter konsert jelajah itu, Álvaro Ramos yang menguruskan konsert jelajah

Jun 21, 2012

Johnny Depp Berpisah Dengan Vanessa Paradis

SUPERSTAR HOLLYWOOD, Johnny Depp telah berpisah dengan kekasihnya Vanessa Paradis selepas 14 tahun bersama.

Akhbar UK, The Sun melaporkan, perpisahan itu berlaku di saat pelakon The Pirates of the Caribbean berusia 49 tahun itu dikaitkan dengan heroin filem terbarunya The Rum Diary, Amber Heard, 26, pada April lalu.

The Sun memetik sumber-sumber terdekat dengan kedua-dua pelakon itu sebagai berkata, Depp dan Vanessa cuba untuk mempertahankan hubungan mereka dengan berpindah dari kediaman rasmi mereka di Selatan Perancis ke Los Angeles bersama-sama dua orang anak mereka, Lily-Rose, 13, dan Jack, 10.

Ini juga bagi membolehkan Depp memberikan tumpuan secara khusus kepada kariernya dan pada masa yang sama tidak berpisah begitu lama dengan Vanessa.

Malangnya dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, Vanessa sibuk dengan haluannya sebagai penyanyi dan juga pelakon manakala Depp menjadi Kapten Jack Sparrow.

Januari lalu, Depp dan Vanessa didapati telah tinggal di hotel yang berasingan ketika mereka bersama-sama berada di Los Angeles sehingga mencetuskan khabar angin mengenai pergolakan hubungan mereka.

Jun 17, 2012

Lindasay Lohan Ditemui Tidak Sedarkan Diri Di Hotel



PELAKON Lindsay Lohan dilaporkan tidak sedarkan diri di kamar Hotel Ritz-Carlton tempatnya menginap yang terletak di Marina del Ray, California, kelmarin.

Pasukan perubatan yang dipanggil untuk memeriksa pelakon kontroversi itu bagaimanapun memberitahu keadaannya tidak membahayakan.

Malah jurucakap kepada bintang filem Mean Girls itu turut mengesahkan perkara itu dan memberitahu Lindsay berada dalam keadaan baik dan sedang berehat.

"Lindsay mungkin keletihan dan mengalami penyakit lelah namun tidak serius dan keadaan terkawal," ujar jurucakapnya.

Lindsay menginap di hotel mewah itu selepas selesai menjalani penggambaran filem terbarunya berjudul Liz And Dick.

Jun 16, 2012

Hot Dan Panas : Video Madonna Berbogel Lagi !!

Apa nak jadi dengan Madonna ni, kalau tak buat hal memang tak sah. ZoOm adalah orang yang pertama membantah jika kehadiran artis Hollywood ni datang ke Malaysia. Walaupun sudah berusia 53 tahun, terbaru Madonna menimbulkan lagi konterversi selepas persembahan mengiurkannya di Rom Italy baru-baru  ini.


Pada kali ini di Milan, Italy beliau (Madonna) sekali lagi beraksi diatas pentas dengan menanggalkan pakaian sehingga menampakkan sebahagian tubuh dengan bercoli dan berseluar dalam sahaja.


Dan untuk pengetahuan anda sebelum ini, beliau membuat persembahan di Turki dengan menunjukkan T****nya.


Dan berikut adalah video yang ZoOM jumpa di laman Youtube untuk anda lihat dan nilai sendiri bertapa jahilnya penyanyi ini dengan keadaan sekitar.

Jun 14, 2012

Berita Panas : Gambar Bogel Snooki Tersebar



Bintang realiti televisyen popular, "Jersey Shore", Nicole Elizabeth "Snooki" Polizzi atau lebih popular dengan panggilan Snooki telah mencetuskan kontroversi apabila foto bogelnya kini mula tersebar luas di internet.


Menurut laporan daripada US Weekly, foto-foto tersebut memperlihatkan Snooki yang memakai bathrobe yang tidak diikat dan mendedahkan tubuhnya.



"Ianya jelas bahawa foto tersebut adalah foto lama dan peribadi yang bukan bertujuan untuk khalayak. Ia sangat memalukan apabila ada pihak yang menyebarkan foto tersebut untuk kepentingan diri," ujar jurucakap Snooki.

Mei 05, 2012

Hollywood : Robert Pattinson Bintangi Filem Mengenai Saddam Hussein


LONDON: Aktor Twilight, Robert Pattinson dikatakan bakal membintangi filem aksi ngeri mengenai pemerintah Iraq iaitu Saddam Hussein yang berjudul Mission: Blacklist.

Laman contactmusic.com melaporkan, pelakon British itu akan menggalas watak penting dalam filem yang memaparkan mengenai misi pemburuan pemerintah yang masyhur itu.

Difahamkan, filem yang bakal diarahkan oleh Jean Stephane Sauvaire diilhamkan daripada novel Mission: Black List #1 tulisan Eric Maddox dan David Seay. - IANS

ZoOM L: Nak tengok apa yang ingin diketengahkan dalam filem ini.

Apa komen anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Hollywood : Russell Brand Jalin Hubungan Dengan Bekas Kekasih David Hasselhoff

PERPISAHAN dengan Katy Perry beberapa bulan lalu nampaknya tidak meninggalkan kesan kepada Russell Brand kerana pelawak dari London itu dilaporkan telah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita selepas bercerai.

Pernah kecoh dikatakan bercinta dengan Nikolett Barabas, Russell rupanya sudah mempunyai pengganti iaitu bekas kekasih David Hasselhoff.

Russell dikatakan menjalinkan hubungan dengan Anouska de Georgiou sejak akhir bulan lalu selepas bertemu dengannya di sebuah majlis di Los Angeles.

Selain Russell dan David, Anouska yang juga bekas model Playboy pernah bercinta dengan Jared Leto, Lee Ryan dan Mick Hucknall.

Mei 03, 2012

Hollywood : Gambar Jessica Memakai Baju Menampakkan Payudara

Dengan hanya memakai pakaian yang agak terdedah, setiap langkah Jessica-Jane Clement pastinya menjadi perhatian paparazzi pada malam FHM 100 Sexiest Women di World Party.

Dan penantian paparazzi memang berbaloi ketika waktu pulang dari majlis tersebut, pakaian Jessica telah sedikit terselak di bahagian dada hingga menampakkan sedikit daerah payudaranya!

Beliau kemudiannya tersedar pakaiannya sedikit terselak dan kemudiannya tergesa-gesa membetulkan ia kembali.

Dan memang rekaan baju yang dipakainya hanya sekadar untuk menutup puting payudaranya tetapi tidak keseluruhan.

Mac 28, 2012

Hollywood : Lindsay Lohan kantoi melakukan hubungan seks dengan pelakon porno

Setelah terlibat pergaduhan dengan lelaki yang dituduh memukul keretanya dalam kemalangan langgar lari, ketika ini Lindsay Lohan dikenakan tuduhan baru. Seperti dipetik laman sebuah akhbar luar negara, seorang bintang porno mengaku di sebuah acara radio telah berhubungan seks dengan pelakon berusia 25 tahun itu.

Alex Torres mengaku melakukan malam ghairah itu ketika ayah Lindsay berada di rumah. Lelaki yang terkenal dengan panggilan Voodoo itu tampil di acara The Jim Richards pada program Newstalk 1010 di Toronto.


Ketika Richards meminta pendapat Torres mengenai Michael Lohan, bintang porno itu berkata,"Tanyakan kepada Michael apakah dia tahu tentang kejadian pada malam hari saya bersama anaknya ditingkat atas rumahnya."


Torres juga menambah bahawa Lindsay Lohan telah membayarnya diatas hubungan seks itu dan ramai juga selebriti Hollywood turut menggunakannya dengan harga tinggi.

Hal ini bukan pertama kalinya pelakon porno itu mengundang kontroversi. Dia pernah dipecat dari pekerjaan part time sebagai instruktur payung terjun

Februari 13, 2012

Gambar Bogel Jennifer Lopez Kembali Hangatkan Laman Sesawang

 Sekali lagi artis lama yang penuh konterversi ini tampil dengan isu panas dengan bergambar bogel dalam iklan minyak wangi jenama "Glowing".


Minyak wangi ini akan dipasarkan pada bulan Mei 2012 menurut Jennifer Lopez atau JLo yang mempromosikan produk minyak wangi ini.


Namun bagi ZoOM gambar tu macam bukan nak promosi minyak wangi je tapi promosi tubuh badan jer..Lantak la JLo asal ko bahagia dengan dunia seni yang ko cipta...




Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Februari 05, 2012

Ayah Michael Jackson Jual Minyak Wangi Murah

WALAUPUN raja pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada tahun 2009 lalu, namun, populariti dan harta peninggalannya yang ,melimpah ruah itu sudah tentu mampu menanggung seluruh kaum keluarga penyanyi itu.

Namun ia bukanlah seperti yang dianggap kerana bapa penyanyi kesayangan ramai itu, Joe Jackson dilaporkan kini menjual minyak wangi murah di sebuah pusat membeli belah di Las Vegas.

Malah menurut portal Dailymail, Joe bukan menjual barangan itu di pusat membeli belah yang elit dan sering dikunjungi para selebriti Hollywood tetapi hanya berniaga di sebuah kios kecil yang kawasan sekitarnya tiada pengunjung.

Gambar Joe yang diambil oleh TMZ itu menunjukkan dia menguap mengantuk kerana tiada pengunjung.

Keadan ini pastinya amat menyedihkan apabila seorang lelaki yang telah membesarkan Michael Jackson, La Toya Jackson dan Janet Jackson sehingga ke puncak kejayaan akhirnya terkandas di sebuah kios kecil,

Februari 04, 2012

Hollywood : Cucu Mick Jagger Muncul Dengan Imej Seksi

LONDON: Cucu kepada bintang rock veteran Rolling Stones, Mick Jagger yang berusia 16 tahun iaitu Amba Jackson (gambar) muncul dalam keadaan yang agak seksi menerusi sebuah acara fesyen di sini baru-baru ini.

Dailymail melaporkan, Amba mengenakan baju biru dengan potongan yang menampakkan celah dada.

Dia dilihat turut memakai seluar biru ketat dari jenis sutera serta kasut berwarna serupa.

Pada majlis itu Amba juga muncul dengan keadaan rambut diikat ke atas. Penampilannya begitu menarik sekali.

Januari 27, 2012

Artis Hollywood : Restoran Jay Z ditutup kerana tak bersih

BARU 24 jam dibuka, restoran Club 40/40 milik suami Beyonce Knowles, Jay Z sudah diperintah tutup! Perintah tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan New York City atas alasan ia melanggar piawaian kesihatan.

Menurut laporan Aceshowbiz, pemeriksa telah menemui 69 kesalahan yang dilakukan oleh restoran milik Jay Z itu. Ini termasuklah cara pengolahan makanan yang dianggap mampu mengancam kesihatan pelanggan mereka, suhu pendingin hawa yang sepatutnya 42 darjah celsius dinaikkan kepada 60 darjah celsius serta penyimpan makanan panas dengan suhu yang terlalu rendah yang telah membuat kebanyakan daging yang disimpan hampir busuk.

"Jika anda membiarkan ini terjadi, maka anda akan membahayakan banyak orang. Satu pakej makan malam dan tarian mewah tidak boleh sejajar dengan penyakit yang mungkin timbul akibat makanan itu," ujar salah seorang pemeriksa yang memeriksa restoran tersebut.

Arahan penutupan restoran itu nyata bertentangan dengan gaya mewah yang diwar-warkan Jay Z sebelum ini. Ia telah menelan belanja mencecah RM40 juta hanya untuk diubah suai dalam tempoh 10 bulan. Malah satu acara perasmian yang baru dijalankan sehari sebelum ia diarah tutup merupakan majlis perasmian buat

Disember 09, 2011

Hollywood Celebrity : Ashlee Simpson and Pete Wentz Divorce

Pasangan romantik suatu ketika dulu di Hollywood kini hanya tinggal kenangan, artis yang berkahwin pada 2007 ini akhirnya menamatkan hubungan mereka tahun ini (2011). Setelah 4 tahun mendirikan rumahtangga yang terbina atas dasar cinta, berkecai dek kerana masing-masing berkemungkinan sudah mempunyai pengganti masing.

Daripada akhbar di Hollywood dan serata dunia turut bercerita mengenai pasangan yang telah berpisah ini, dikhabarkan Ashlee telah menjalinkan hubungan dengan Vincent Piazza dan bekas suami beliau pula melaram dengan model Meagan Camper.

Mei 29, 2011

Justin Bieber dan Selena Gomez Kantoi Bercium di Pantai


Huh...dah nama Bieber...kalau translate BM..Just Joke wahai si peminat Bieber. POst ni saja je ZOoM nak berkongsi dengan pembaca di ZOoMartis mengenai gelagat belangkas daripada Hollowooddd yang tengah dilamun cinta ni.

JIka sebelum ini hubungan mereka sering menjadi rahsia dan tanda tanya, kalau kat Malaysia "NO KOMEN" & "HANYA TEMAN BIASA". Tapi yang ini dikhabarkan bercium sampai tak ingat ada ramai mata memandang perbuatan mereka di atas JETSKI ( Entah betul ke tak ayat ni).

Namun bagi anda yang bercinta di Malaysia jangan harap nak bercium-cium dikhalayak ramai silap-silap kena tangkap oleh pak imam. Kita ada adat dan agama : Pesanan Penaja " JAUHI MAKSIAT".

ZoOM : Apa Komen ANda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Disember 20, 2010

Most Popular person Justin Bieber

Walaupun usia masih muda, beliau merupakan seorang penyanyi yang berbakat dan kini paling diminati di merata dunia. Namun gerak geri anak muda ini menjadi perhatian kerana sikapnya yang dikatakan seperti orang dewasa yang mengakibatkan ramai isteri dan kekasih orang menjadi fanatik disebabkan segala yang ada pada pemuda bernama Justin Bieber ni.


Selepas Gossip cinta antara Selena Gomez dengan JB,Pelakon yang pernah membintangi Video Klip Justin Bieber untuk lagu " Baby" iaitu Jasmine Villegas pulak yang dilaporkan bercium dengan Justin.

Mac 05, 2010

(Hollywood) Campbell Dituduh Cederakan Pemandunya


Supermodel Naomi Campbell dituduh mencederakan pemandunya baru-baru ini. Menurut polis New York, jelitawan berusia 39 tahun itu didakwa memukul pemandunya yang diupah untuk memandunya sehari. Setelah dipukul, kepala pemandu itu terus tersembam ke stereng kereta.
Kejadian itu menyebabkan pemandu itu luka dan lebam di kepala, menurut laporan telegraph.co.uk. Kata jurucakap Campbell, Jeff Raymond, model itu akan memberi kerjasama dengan polis jika diminta.
"Tidak perlu buat spekulasi sekarang. Banyak perkara yang tidak kita ketahui berlaku waktu kejadian itu," kata Raymond dalam sebuah kenyataan akhbar.
Police berkata, mereka sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan ke atas Campbell setelah menerima aduan dari pemandunya. Campbell sememangnya terkenal dengan sifat bengisnya. Ramai pekerja dan orang gajinya yang telah menyamannya. Namun semua kes itu dapat diselesaikan secara senyap.

Mac 03, 2010

(Hollywood) Lady Gaga Didenda US$19 Ribu !!


Macam-macam je, lambat je dah kena saman..Kalau artis di Malaysia dikenakan saman macam ini kan bagus.kesian dekat Krew atau orang-orang yang berkenaan dengan satu-satu program, kerana dia seorang menyebabkan program terlewat atau terpaksa di batalkan..Apa pun baca je la cerita Lady Gaga ni di bawah...


Bintang popular Lady Gaga akan didenda US$ 19,000 kerana lambat membuat persembahan untuk konsert Londonnya baru-baru ini. Penyanyi di sebalik lagu hit, 'The Poker Face' berada di kota tersebut untuk konsert dua harinya itu dilaporkan lambat selama 45 minit semasa raptai, menurut akhbar Daily Star Sunday.
Menurut laporan itu lagi, penyanyi yang terkenal dengan pakaian anehnya itu, akan menghadapi denda yang banyak oleh penerbit konsert tersebut.
"Lady Gaga sepatutnya membuat raptai itu pada pukul 7 petang dan persembahan pertama sepatutnya diadakan sejurus selepas itu. Memang selebriti itu akan melakukan raptai sampai dia puas hati. Oleh sebab itu, Gaga lambat 45 minit dan dia enggan memotong segmen itu. Gaga tidak kisah didenda asalkan dia puas hati dengan hasil kerjanya," kata sumber itu lagi.

Februari 13, 2010

(Hollywood) Badan Lady Gaga Disaluti Ratusan Mutiara !!!

Lady Gaga ni kalau tak pakai pelik-pelik memang bukan dia, setiap kali tampil di anugerah atau program-program tertentu keunikan yang beliau bawa pastinya menjadi tatapan segenap mata yang melihat kelibat Lady Gaga ni.



Baca Selanjutnya

Lady datang ke acara amfAR di New York bagi memberi sokongan kepada kutipan dana bagi penderita HIV/AIDS. Ia mengayakan topi, bikini, jaket dan high platform boot yang semuanya berwarna putih mutiara.

Tidak ketinggalan, penyanyi lagu Poker Face itu membaluti tubuhnya dengan ratusan mutiara. Taburan mutiara di seluruh wajah, perut dan kaki Lady. Dia juga mengenakan lipstik pink MAC versinya sendiri.

Seperti dipetik NYdailynews, dalam acara tersebut Lady membawakan lagu barunya, Future Love tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Selain kutipan amal bagi penderita HIV/AIDS, acara tersebut juga ditujukan kepada pelakon Natasha Richardson yang meninggal kerana kemalangan. Natasha juga merupakan salah seorang aktivis HIV/AIDS.

Info: Mstar

Zoom: Apa kata anda ?

Disember 19, 2009

(Hollywood) Sean Diddy Ingin Jadi Anak Angkat Obama !!


Apa nak jadi dengan artis Hollywood ni, nak jadi anak angkat la pulak..ini zoom copy dari laman web akhbar online popular di malaysia..Jum kita baca dan komen gossip dari Hollywood ini..!!! Adakah ini satu lagi konterversi yang sengaja beliau buat untuk mencari publisiti..? kalau artis di Malaysia ini nak jadi anak angkat PM lain je bunyinya..!!! Sean ni gila publisiti kot..!!!



Baca Selanjutnya

SEAN Diddy menyuarakan hasratnya untuk menjadi anak angkat kepada Presiden Amerika, Barack Obama.

Penyanyi rap berusia 40 tahun itu berkata, Obama adalah bapa yang baik dan dia pasti berasa bangga jika dapat menjadi anak kepada presiden itu.

"Saya tidak akan tipu, jika tuhan berkata saya boleh memilih seseorang untuk menjadi bapa saya, pastinya saya ingin menjadi Sean Combs Obama. Saya harap dia membaca temubual ini dan mengambil saya sebagai anak angkat.


"Saya tidak perlu disenaraikan dalam penerima wasiatnya. Saya ada duit sendiri,"
kata Diddy seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.