Lady Gaga ni kalau tak pakai pelik-pelik memang bukan dia, setiap kali tampil di anugerah atau program-program tertentu keunikan yang beliau bawa pastinya menjadi tatapan segenap mata yang melihat kelibat Lady Gaga ni.
Baca Selanjutnya
Lady datang ke acara amfAR di New York bagi memberi sokongan kepada kutipan dana bagi penderita HIV/AIDS. Ia mengayakan topi, bikini, jaket dan high platform boot yang semuanya berwarna putih mutiara.
Tidak ketinggalan, penyanyi lagu Poker Face itu membaluti tubuhnya dengan ratusan mutiara. Taburan mutiara di seluruh wajah, perut dan kaki Lady. Dia juga mengenakan lipstik pink MAC versinya sendiri.
Seperti dipetik NYdailynews, dalam acara tersebut Lady membawakan lagu barunya, Future Love tanpa mengenakan sebarang bayaran.
Selain kutipan amal bagi penderita HIV/AIDS, acara tersebut juga ditujukan kepada pelakon Natasha Richardson yang meninggal kerana kemalangan. Natasha juga merupakan salah seorang aktivis HIV/AIDS.
Info: Mstar
Zoom: Apa kata anda ?