Disember 19, 2009

(Hollywood) Sean Diddy Ingin Jadi Anak Angkat Obama !!


Apa nak jadi dengan artis Hollywood ni, nak jadi anak angkat la pulak..ini zoom copy dari laman web akhbar online popular di malaysia..Jum kita baca dan komen gossip dari Hollywood ini..!!! Adakah ini satu lagi konterversi yang sengaja beliau buat untuk mencari publisiti..? kalau artis di Malaysia ini nak jadi anak angkat PM lain je bunyinya..!!! Sean ni gila publisiti kot..!!!



Baca Selanjutnya

SEAN Diddy menyuarakan hasratnya untuk menjadi anak angkat kepada Presiden Amerika, Barack Obama.

Penyanyi rap berusia 40 tahun itu berkata, Obama adalah bapa yang baik dan dia pasti berasa bangga jika dapat menjadi anak kepada presiden itu.

"Saya tidak akan tipu, jika tuhan berkata saya boleh memilih seseorang untuk menjadi bapa saya, pastinya saya ingin menjadi Sean Combs Obama. Saya harap dia membaca temubual ini dan mengambil saya sebagai anak angkat.


"Saya tidak perlu disenaraikan dalam penerima wasiatnya. Saya ada duit sendiri,"
kata Diddy seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.