November 10, 2009

(Sehati Berdansa) Pasangan Enot Dan suami Terkeluar !!


Ini lah pasangan yang berani menyahut cabaran, tahniah kepada anda berdua walaupun terkeluar di minggu ke 3..Ikuti luahan dan komen Enot hari ini..!!


Baca Selanjutnya

"Saya sudah boleh rasakan akan tersingkir minggu ini kerana juri ada mengatakan persembahan kami tiada peningkatan. Kalau diikutkan, saya sasarkan untuk bertahan sehingga minggu kelima dan ada juga berhasrat untuk sampai ke 'final'.

"Tapi nampaknya rezeki kami sampai minggu ini saja. Memang sayang sangat, sebab kalau boleh, saya ingin cuba pelbagai jenis tarian lain seperti Salsa. Saya nak buktikan badan besar seperti saya juga mampu menari," katanya dalam nada sebak.

Berdasarkan markah keseluruhan pada minggu tersebut, pasangan Dira dan Ash menerima kutipan markah tertinggi iaitu sebanyak 53.57 peratus, diikuti dengan Sazzy dan Nazril (51.21), Sein dan Nana (50.17), Isma dan Zul (49.49), Didie dan Sham (48.87), Oshin dan Firdaus (47.99), Mirnawan dan Norah (44.91) serta Enot dan Zainul (43).

Dengan penyingkiran Enot dan suaminya itu, pasangan tersebut hanya mampu mengumpul dana sebanyak RM3,000 kepada badan kebajikan yang mereka wakili di dalam program ini iaitu Yayasan Paru-Paru Malaysia.

"Tidak boleh salahkan suami saya. Dia memang tidak pernah menari seumur hidup dia. Zainul sebenarnya tidak mahu pun sertai program ini, tetapi dia terima juga kerana saya. Dia memang susah sikit nak ikut tempo, apatah lagi dia pernah sakit sebelum ini.

"Apapun, kami tidak 'terasa' pun dengan kritikan juri. Malah, kami lebih 'terasa' apabila juri pernah memberikan kami markah yang agak tinggi sedangkan persembahan kami tidaklah begitu bagus pun.

"Itu membuatkan kami takut kerana kami tahu di luar sana ramai orang yang sering bercakap bahawa kami sepatutnya tersingkir awal," tutur Enot.

Zainul pula berkata, dia sudah cuba melakukan yang terbaik sepanjang tiga minggu berada di dalam program ini.

"Koreografer kami, Anuar, juga banyak membantu dan cuba hasilkan gerak tari terbaik untuk kami. Saya akui, ada pergerakan yang saya rasa susah dan tidak mampu untuk lakukan. Tetapi, saya tetap cuba berikan yang terbaik.

"Dan saya juga akui agak gementar ketika beraksi di pentas. Bila sesi latihan, saya rasa 'ok' saja, tetapi bila di pentas, saya memang jadi sangat gementar," ujarnya.

Zoom Komen: Zoom Tabik kat Pasangan Enot kerana berani memikul beban yang diberikan kepada mereka. Walaupun suami enot tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman berani tetapi beliau berani, jika anda bernama lelaki adakah anda berani menyahut cabaran ini !!?