November 10, 2009

(Gossip)Komen Abby Menenai Gambar Pertunangan Di Facebook !!!!


Zoom pun fikir abby dah bertunang, rupa-rupanya semua tu gambar semasa penggambaran. Kesian kat abby ada je gossip mengenai beliau, yang skodeng pun satu jangan la terus buat andaian. Tau la awak tu dah jadi Friends kat Facebook Abby..Dekat bawah ni zoom serta kan komen balas Abby Mengenai Gossip "Pertunangan"...!!



Baca Selanjutnya

Ditambah pula dengan status yang ditulis ‘selamat bertunang!..doakan kebahagiaan saya..’ menambahkan kekeliruan peminatnya.

Ramai juga yang menyangka Abby telah bertunang dengan Zul Ariffin, pelakon baru yang digosipkan dengannya.

Jelas Abby, gambar itu diambil ketika dia melakonkan watak Delaila di dalam drama 26 episod ‘Mahabbah Delaila’ yang akan disiarkan pada Mac depan di TV9.

“Merepek saya dah bertunang. Saya melakonkan babak itu semasa berlakon drama ‘Mahabbah Delaila’.

“Saya sengaja letak gambar itu dalam FaceBook sebab bagi saya tiada apa yang boleh dikecohkan, setakat gambar pengambaran sahaja.

“Saya tak pernah terfikir pun ia akan menjadi suatu isu besar sebab gambar itu sekadar nak berkongsi dengan kawan-kawan saya di FaceBook,” kata bekas isteri aktor Norman Hakim ini yang sedang menjalani penggambaran drama itu.

Tambah pelakon popular menerusi drama dan filem ‘Gerak Khas’ ini, dia lebih seronok menjadikan laman web popular itu sebagai ‘teman’ untuk berkongsi cerita aktiviti hariannya dengan rakan-rakan yang aktif di FaceBook.

“Saya bukannya bercerita tentang luahan isi hati dan peribadi saya tetapi lebih kepada perkara yang saya lakukan setiap hari. Saya juga tidak merasakan apa yang dilakukan itu mengaibkan saya.

“Saya selalu sibuk dengan pengambaran dan jarang berjumpa dengan kawan-kawan. Jadi, saya jadikan FaceBook sebagai medium untuk menghubungkan saya dengan mereka.

“Alhamdulillah, dalam 5,000 orang, ramai yang menyokong di belakang saya dan ada juga yang tidak menyokong saya,” jelasnya lagi.


Zoom Komen: kalau betul apa salah nyer, siapalah jejaka bertuah tue erkk..Apa Komen anda !!?