Manusia percaya bahawa dunia akan mengalami kiamat pada tahun 2012 mengikut ramalan orang Mayan. Namun begitu sebelum kiamat itu berlaku, terjadinya pelbagai bencana alam seperti gempa bumi,tsunami dsb.
Dari kalangan manusia, ada seorang yang bijak pandai berusaha untuk menyelamatkan bumi. Lalu dia menggunakan kuasa ajaibnya untuk berhubung dengan masyarakat mayan untuk mengetahui bagaimana caranya bumi bisa diselamatkan.
Baca Selanjutnya
sinopsis yang saya baca dari preview di suratkhabar beberap hari lepas.
Membaca sinopsisnya, saya rasa tertarik untuk menonton filem ini. Pendapat peribadi saya, orang putih ni bodoh dalam cerdik. Sebabnya mereka sungguh2 tidak percaya tuhan~yang tak percaya n ketegaq untuk percaya. Sampaikan cerita ttg kiamat pun mereka boleh buat macam ni. Boleh jadi, dan boleh nego plak untuk menghalang kiamat daripada berlaku.
Yang saya salute apa ya?
of course diorang punya kecanggihan teknologi, sampaikan kita nampak bencana tu benar2 berlaku. Dan menghantar rasa gerun pada diri kita. Kita boleh perhatikan bagaimana bumi ini seolah terbelah, ada hujan2 api y tak tau datang dari mana, dan ketakutan serta huru hara pada hari itu. Ini yang dapat akal dangkal manusia bayangkan~sudah begitu menakutkan. Bagaimana pula kejadian kiamat sebenar, apabila matahari digulung, bumi dihancurkan, manusia sudah lupa pada diri sendri, gunung ganang hancur...pasti jauh lebih menakutkan dari apa yang dapat kita bayangkan.
Sepatutnya mereka [dan kita juga yang menonton]~jika benar mahu membongkar kebenaran, harus lebih takut kepada tuhan selepas menghasilkan/menonton filem ini.
Apa Komen anda pula !!!?