September 28, 2009

(Gambar) Dira Abu Zahar Pelakon baru Tak Sorok Status Ibu !!

PROFIL: Dira Abu Zahar
Asal: Merlimau, Melaka
Tarikh lahir: March 2, 1984
Status: Berkahwin
Suami: Tengku Shafiz-Rullah atau Ash
Anak: Tengku Anggun Deandra (lahir 20 November 2007)
Profesion: Pelakon, Pengacara, Pengatur acara (Irah Arts & Events Management)
Drama/Telefilem: Rona Roni Makaroni, Merah Puteh, Dua Kali Mencintai Mu, Cinta Tanpa Suara, Delima, 100 Hari Jadi.


Dira bertuah kerana memiliki suami yang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon
Status seorang isteri yang dipegangnya nyata bukan penghalang untuk dia memacu laju dalam arena lakonan televisyen. Satu demi satu projek drama bersiri mahupun telefilem dijayakan Dira. Tidak cukup dengan pembabitan di depan kamera, dia 'merayu' kepada produser dan pengarah untuk turut sama bekerja di balik tabir.

Jelas sekali Dira rindu pada dunia belakang tirai yang mula-mula menyaksikannya menyertai persada seni. Satu ketika dulu, pelakon ini ialah wartawan penyiaran untuk rancangan Beat TV sebelum muncul pula di layar kecil televisyen sebagai pengacara Fulus Mania dan Jom Ronda.

Atas alasan itu, dia diberikan ruang untuk mengisi kerusi penolong pengarah apabila pasukan produksi Media Hustler menerbitkan telefilem Ponti Anak Remaja. Dalam telefilem lakonan Liyana Jasmay, Lisa Surihani, Farish Aziz dan Ammar Alfian itu, Dira turut memegang peranan kecil.

Pada masa yang sama, wanita berusia 25 tahun ini menyedari, dia menceburkan diri dalam dunia lakonan sebagai seorang isteri. Namun begitu, sedikit pun dia tidak berasakan status dipegang itu bakal membantutkan kemajuan dirinya dalam dunia berkenaan. Sebaliknya, Dira mengaku berasa lebih selamat dengan status isteri serta ibu yang disandangnya sekarang.

"Saya seorang yang telus dan suka mengambil sikap berterus-terang dalam hal ini. Saya berkahwin dengan Ash daripada kumpulan Bau pada 2007 dan kini sudah pun mempunyai cahaya mata perempuan diberi nama Tengku Anggun Deandra. Itulah jawapan saya berikan kepada sesiapa yang ingin mengetahui status saya," katanya sambil tersenyum.

Baginya, tidak guna untuk seseorang artis bersikap hipokrit hanya untuk meraih populariti dan sokongan peminat.

"Saya amat percaya, seandainya kita memiliki bakat yang bagus, walau status apa pun yang dipegang, kita akan tetap mendapat peluang daripada produser serta pengarah. Bagi saya, peluang berlakon yang tidak putus-putus ini dianggap sebagai rezeki perkahwinan," katanya yang baru saja menamatkan penggambaran telefilem berjudul 100 Hari Jadi.

Menurut wanita berasal dari Melaka ini, dia tidak melihat sebarang perbezaan antara pelakon wanita yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pelakon yang masih memegang status bujang. Bahkan, dia langsung tidak bersetuju sekiranya ada pihak yang mendakwa dengan menyembunyikan status perkahwinan, karier seseorang pelakon itu akan lebih terjamin






Zoom Komen: Sexy Juga Si Pelakon baru ini,tapi zoom tabik spring sebab tak sembunyikan status isteri dan ibu kepada seorang anak.!! Any Komen U alls?