September 29, 2009

(Gossip) KD tuntut hak penjagaan kedua anaknya !!


AKHIRNYA penyanyi terkenal Krisdayanti (KD) memilih tarikh semalam, Isnin, 29 September, untuk mendaftarkan tuntutan cerainya.

Namun demikian, kelibat KD tidak kelihatan dan pendaftaran cerai hanya dilakukan oleh Harry S Marpaung di Jakarta Selatan.

"Krisdayanti tak perlu hadir. Inikan daftar saja. Yang jelas, mereka berdua sudah bersepakat untuk bercerai," kata Harry sewaktu diwawancara selesai proses pendaftaran cerai.

Sementara itu, peguam KD Elsie Lontoh, berkata pihaknya sedang berusaha agar proses penceraian itu dilakukan dalam satu sidang sahaja.

"Ini adalah kerana sudah ada kesepakatan bercerai di antara keduanya," katanya. Namun, Elsie tidak dapat memberi jaminan samada kedua-duanya akan hadir atau tidak pada sidang itu nanti.

"Kalau untuk menghadirkan kedua belah pihak dalam persidangan nanti memang harus ada koordinasi terlebih dahulu," ujarnya.

Sebutan kes cerai KD-Anang telah dijadualkan pada 8 Oktober. Namun butiran lanjut tentang apa akan dibicarakan nanti masih menjadi rahsia.

Zoom Komen: Dah start dah perebutan hak penjagaan anak..fikir dah senyap dah KD ni,kesian kat anak2 Anang dan KD ni..