September 29, 2009

(Celebrity News) emelda Nak Anak 2 Tahun Lagi!!

Emelda dan Adlin diijabkabulkan pada 23 Mei lalu di Ipoh, Perak. Gambar Terbaru Emelda

Selepas diijabkabulkan pada 23 Mei lalu, isteri kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramli ini belum menunjukkan tanda-tanda hamil sekaligus menafikan dakwaan yang menyangka wanita mesra dengan panggilan Mel ini telah hamil.

Emelda yang ceria dihujung talian berkata: “Tunggulah dulu..lagi dua tahun baru saya bersedia dan merancang untuk menimang cahaya mata.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki...sekarang saya pula sibuk dengan lakonan kerana tahun 2009 ini jadual kerja saya memang penuh.”


Jelas Emelda, selepas berkahwin aktiviti hariannya lebih sibuk berbanding sebelumnya sehingga nak buat sesi fotografi pun tak sempat.

“Mungkin sebab tu orang tak tau tentang cerita terbaru saya kerana jadual saya memang sangat padat.

“Sekarang saya terlibat dengan pengambaran drama bersiri 25 episod ‘Nigina’ untuk slot Samarenda untuk TV3 dan drama bersiri 26 episod ‘Jongkang Jongkit’ yang telah pun disiarkan di Astro Warna pada setiap hari Jumaat.

“Selain itu, drama bersiri 26 episod ‘Labu Labi’. Cerita ini dibuat hasil telefilem ‘Nasib Si Labu Labi’ yang pernah disiarkan di Astro sebelum ini.

“Pengambarannya telah selesai separuh semasa bulan puasa lalu dan akan disambung selepas November nanti.

Zoom Komen: Cepat-Cepatlah Emelda,dapat sorang pun jadi la sekarang ni ramai artis yang nak anak awal..Lain pulak ceritanya dengan emelda ni siap bagi tempoh 2 tahun.Kesian kat mak ngan ayah yang sudah tentu nak dapat cucu. Komen u alls ?