Januari 08, 2012

Samarinda @ TV3 : Drama Pelangi Kasih



Pelakon utama di dalam drama Pelangi Kasih ini terdiri dari Nabila Huda Suhaimi dan Johan As'aari. Pelakon lain turut membintanginya ialah Puteri Sarah Liyana, Beto Kusyairy.

Drama yang mengisahkan hubungan tiga sahabat sejak kecil lakonan Nabila, Beto dan Puteri Sarah. Pelbagai konflik dan permasalahan berkaitan persahabatan dan kasih sayang bakal dilalui watak itu dalam drama arahan Feroz Khan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Apa yang uniknya dalam drama kali ini, Nabila membawakan watak Sofia dan akan disolek menjadi perempuan berusia separuh abad. Ia bagi disesuaikan dengan wataknya yang mempunyai anak dan cucu dalam kisah itu.
Bercakap mengenai gandingannya dalam drama itu, Nabila berkata, dia tiada masalah sepanjang menjalani penggambaran drama itu dan dapat mencipta keserasian dengan Johan Asari yang memegang peranan sebagai suaminya.

Jangan lupa Pelangi Kasih untuk slot Samarinda tv3 di mana ia akan hanya mula bersiaran pada 18 Jan 2012 pukul 10.30 malam.


ZoOM : Credit To Ohbelog & Selamat menunggu dan menanti drama terbaru Pelakon utama Juvana yang menhadi pujaan hati anda :)


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!