Januari 07, 2012

Talha Hartih Dan Hanez Suraya Bercinta

Menurut Laman sesawang Manggaonline pasangan Hanez Suraya Dan Talha Dikatakan sedang dilamun mimpi indah yang lembut bak sutera. Bait kata-kata manis daripada mulut kedua-dua anak muda ini sudah menggambarkan bertapa kuatnya hubungan yang mereka bina ibarat lautan api yang sanggup direnangi bersama...(opss Jiwang pulak...layan je ZoOM). Dan berikut beberapa ayat yang keluar daripa mulut artis bernama Talha dan Hanez :

Cerita Talha:
“Tak dinafikan memang Hanez adalah kawan perempuan yang paling rapat dan mesra dengan saya buat masa ni. Saya selesa dan ceria sangat setiap kali bertemu dengannya. Kalau sibuk shooting, saya pasti akan call sebab rindu. Hehe…
“Memang hubungan kami lebih daripada seorang kawan, tapi belum lagi sampai tahap bercinta tau! Kalau akan datang, saya tak tahu la… Tapi ada la berharap jugak!
 
“Sebenarnya hubungan kami mula rapat bila sama-sama menjayakan karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Masa tu saya terlibat dengan promosi siri drama Cinta Elysa. Dia pula mewakili drama Bunga April. 
“Saya ni memang segan dengan perempuan, tapi dengan Hanez saya rasa selesa dan macam ada keserasian. Bila dah jumpa tu kami bertukar nombor telefon dan pin Blackberry Messager (BBM pin). 
“Bagi saya Hanez seorang gadis yang cukup istimewa. Dia cantik, ada pendirian, tak suka hidup dikongkong dan kadang-kadang dia degil bila nakkan sesuatu. Itu juga antara ciri-ciri wanita yang saya cari selama ni.
“Saya memang sayangkan dia. Kalau ada jodoh tu… ada la… Saya tak nak terlalu berharap kerana tak nak kecewa. Pengalaman bercinta yang lalu buat saya berhati-hati menilai cinta.” 

Cerita Hanez:

“Hanez akui cara Talha buat Hanez selesa dan tenang. Dia soft spoken, pandai hormat orang, comel dan pandai bawa diri. Lakonannya pun bagus. 
“Nak tahu, Hanez sebenarnya memang dah jatuh cinta dengan sikap manjanya. Lelaki manja seperti Talha tu boleh buat Hanez cair dan lemah tau! Suka sangat! 
“Sebagai perempuan, Hanez tak nak la cakap lebih-lebih sebab kami tak bercinta pun. Namun jika dia lelaki yang ditakdirkan bercinta dengan Hanez, Hanez terima dia dengan ikhlas. Doakan yang terbaik buat kami ya!”

ZoOM : Kalau dah ada perasaan sayang apa tunggu lagi, hantar la rombongan (Tetapi pastikan duit dan cukup...Jangan Buat Loan Untuk Kahwin...)


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!