Memaparkan catatan dengan label Newspaper. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Newspaper. Papar semua catatan

Julai 14, 2011

Drama Sepanyol Bella Calamidades di TV3 | Sinopsis Bella Calamidades

Bermula 19 Jula 2011 drama/telenovela daripada Sepanyol bertajuk Bella Calamidades akan ditayangkan di TV3, selepas drama Miramar. Filem yang bersiaran 140 episod ini akan ditayangkan setiap hari isnin sehingga khamis pada pukul 3 petang.

Dan berikut Serba sedikit sinopsis mengenai drama/telenovela ini :


Bella Calamidades mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. 
Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.
Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya.
 
Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Mei 10, 2009

Newspaper : Aril kebudak-budakan

ASSALAMUALAIKUM,
Saya amat meminati rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) sejak musim pertama lagi. Melaluinya saya dapati, rakyat Malaysia semakin hari kian pandai menilai bakat seseorang insan seni.

Aril adalah salah seorang pelajar AF musim ini yang berbakat tetapi telah tersingkir pada konsert mingguan yang lepas. Pada saya Aril memang wajar disingkirkan sejak awal lagi kerana sikapnya yang agak kurang sopan serta berlagak hebat.

Kononnya pro dalam semua aspek telah membuatkan kami sebagai peminat setia AF meluat apabila menonton rancangan tersebut.

Semua tahu dia adalah adik kepada penyanyi popular negara kita iaitu Izwan Pilus namun Aril tidak boleh menggunakan identiti abangnya untuk menarik perhatian umum.

Sikap Aril yang semakin hari semakin over memang wajar ditegur dan perlu diubah kerana dia seolah-olah tidak sedar diri.

Saya sendiri tidak tahu mengapa dia berkelakuan kebudak-budakan yang nampak sangat mahu meraih undian penonton.

Mungkin kerana wajahnya yang dikatakan comel kononnya boleh membeli undian simpati penonton namun seribu kali silap kerana penonton masih tidak buta seni dalam menilai bakat seseorang peserta.

Saya berharap agar Aril menyedari hakikat bahawa dia baru lagi dalam bidang seni ini dan fikirlah sejenak bahawa tanpa bakat, nama tidak akan naik.

NH Mohamad, Negeri Utara Tanah Air

Newspaper : Saya tak pilih kasih - Rosyam

EMMA HASSAN,
Penolong Pengarang, Hai, Utusan Karya Sdn. Bhd.

AGAK panas jugalah apabila timbul situasi yang mengatakan Rosyam Nor marah, kecewa dan terguris hati apabila pelakon-pelakon utama drama terbitannya, Rahsia Hati, tidak menghadiri majlis pelancaran dan sidang media pada 21 April lepas.

Antara nama pelakon utama yang disebut tidak menampakkan muka dalam majlis tersebut ialah Rita Rudaini, Ifa Raziah, , Watie Sadali dan penyanyi Nurul. Yang hadir hanyalah Aaron Aziz, Arash Mohamad dan Mohd. Azlan Kamiran.

Rosyam Nor terpanggil menghubungi saya baru-baru ini bagi menjelaskan keadaan sebenar terhadap kenyataan yang diluahkan oleh Nurul.

Dalam drama Rahsia Hati, penyanyi lagu popular Tangis Syukur itu memegang salah satu watak utama bernama Sarah.

Menurut Rosyam, dia mahu membetulkan keadaan berhubung kenyataan Nurul yang kononnya terguris hati dan berasakan pihak produksi syarikatnya, Suhan Movies Trading Sdn. Bhd. bersikap pilih kasih terhadapnya.

Rahsia Hati disiarkan di Astro Prima.

Apa cerita sebenarnya?

Nurul kata dia terguris hati dengan produksi saya yang kononnya mengamalkan sikap pilih kasih. Sebenarnya, semasa berlakon, perlukan komitmen. Semasa mula-mula diberi tawaran, dia faham dan mengatakan tidak kisah sebab mahu sangat berlakon di bawah produksi saya.

Masalahnya, bila dia dapat undangan menyanyi semasa masih di lokasi penggambaran drama, dia kemukakan jadual show yang lewat.

Macam Ifa raziah, sejak awal lagi dia sudah berikan jadual show agar tidak bertindan dengan jadual penggambaran drama.

Nurul pula beri jadual show terbaru semasa penggambaran sedang dijalankan. Jadi susahlah, sebab jadual sudah disusun atur dari awal.

Cubalah tanya kepada pelakon-pelakon lain, adakah mereka berkecil hati dengan produksi? Kenapa dia nak rasa begitu? Saya dah maklumkan padanya awal-awal. Tidak mudah jadi pelakon.

Benarkah ada pilih kasih?

Kenapa pula dia cakap begitu? Cuba tanya dengan pelakon lain, apakah ada masalah dengan jadual yang disediakan oleh pihak produksi? Kalau ada pun masalah, seperti masa terlajak disebabkan masalah cuaca dan tukar lokasi penggambaran, itu adalah perkara biasa bagi setiap penggambaran drama mahupun filem.

Sebagai pelakon, dia kena hadapi semua itu. Sebab lakonan dia turut melibatkan ramai pelakon lain. Kalau menyanyi, hanya dia seorang saja di atas pentas. Pelakon perlukan komitmen tinggi.

Dia pernah suarakan rasa kecil hati pasal jadual dan rasa macam ada pilih kasih tetapi saya takmahu layan sangat sebab para pelakon lain tidak merungut.

Pada saya, kalau mahu menjadi pelakon yang bagus, dia kena beri komitmen.

Adakah Rosyam marah dengan Nurul?

Ini merupakan kali pertama saya mengambil dia berlakon untuk 40 episod. Saya tak marah pelakon bila wartawan bertanya, mana pelakon utama semasa sidang media? Saya buat majlis pelancaran dan sidang media drama itu bukan untuk diri saya seorang tetapi untuk para pelakon terbabit.

Ini adalah untuk promosi mereka dan drama tersebut. Bila ini berlaku, tak adalah sampai saya mahu gam mereka.

Cuma, Nurul janganlah buat kenyataan kecil hati terhadap produksi saya. Nampak sangat macam produksi saya ini teruk dan ada banyak masalah.

Jadi apa yang perlu dilakukan sekarang?

Saya nak tanya, apa motif dia buat kenyataan begitu? Tentang Nurul, dia beria-ia mahu berlakon dalam produksi saya. Ada banyak kali jugalah dia suarakan hasrat itu semasa kami bertemu dalam majlis anjuran produk Power Root, memandangkan kami merupakan duta produk yang sama.

Adakah serik ambil penyanyi jadi pelakon?

Saya beritahu Nurul, nak jadi pelakon ini banyak komitmen. Dia kata tidak kisah sebab nak cuba berlakon. Bila orang nak mencuba, saya sebagai penerbit, berilah ruang. Awalnya, dia kata sanggup berdepan dengan komitmen yang banyak. Saya bagi kenyataan ni bukanlah mahu hentam sesiapa, cuma saya rasa perlu untuk membetulkan keadaan.

Patutnya benda macam ni tak timbul. Saya tak serik. Lain manusia, lain perangainya. Dulu semasa mula-mula ambil Fauziah Latiff berlakon drama Kudrat Iman, kemudiannya drama Gelora Di Hati Sara, tiada masalah dan dia pun tidak merungut.

Susahkah jadi penerbit drama?

Usia saya sudah 42 tahun dan saya sudah 24 tahun bergelar anak seni. Bergelar penerbit drama pula sudah 12 tahun. Yang payahnya, adalah untuk buat drama menjadi sebuah drama terbaik dan diingati khalayak.

Sebagai penerbit, apabila ambil pelakon baru, kita mahu tengok mereka menyerlah. Itu sudah cukup membanggakan saya sebagai penerbit serta senior dalam lakonan.

Nak jadi pelakon yang bagus, memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa. Seperkara lagi, memang sukar menjadikan syarikat sebagai pengeluar produk drama nombor satu di hati peminat.

Saya perlukan kerjasama banyak pihak, terutama tenaga produksi dan juga para pelakon dalam menjayakan apa jua drama terbitan saya. Bagi saya, orang yang bekerja dalam produksi saya itulah yang membuatkan sesebuah drama itu hebat.

Gossip : Julia Hana kahwin senyap-senyap?

NIEZAM
niezam@utusan.com.my

Pelakon drama popular Sembilu Kasih iaitu Julia Hana yang banyak kisah kontroversi sebelum ini khabarnya dah selamat berkahwin dengan seorang ahli perniagaan. Betul ke Julia? Kenapa senyap saja? Tak bagi tahu pun.

Tapi menurut sumber yang singgah ke telinga Niezam memaklumkan perkara itu memang benar berlaku. Bukan cerita kosong ataupun rekaan.

Menurut sumber, ahli perniagaan itu berusia dalam lingkungan 40-an. Perkahwinan itu atas dasar suka sama suka.

“Saya boleh mengesahkan yang Julia memang sudah berkahwin dengan ahli perniagaan itu. Minta mana-mana wartawan tolong siasat perkara ini,” kata seseorang.

Apa? Siasat? Tak payah la rasanya nak siasat macam Nas Ahmad Melodi nak terjah artis.

Kalau dia orang kahwin dan nak bagi tahu peminat, biar dia oranglah yang buka mulut sendiri. Lagipun Malaysia ni tak besar mana pun. Pusing-pusing jumpa juga akhirnya. Tapi Niezam selidik juga tentang perkahwinan Julia Hana tu. Kata sumber berkenaan Julia hidup bermadu.

Hai... tak kisahlah bermadu ataupun tidak asalkan mereka berkahwin cukuplah.

Sebelum ini Julia pernah melalui macam-macam kisah sensasi termasuklah kes tarik rambut dengan mak datin di sebuah pusat beli belah tak lama dulu.

Tapi kes berkenaan akhirnya dapat diselesaikan dengan baik. Sumber berkenaan turut minta Niezam pesan kepada Julia Hana supaya jaga diri baik-baik. Maklumlah bukan senang kalau hidup bermadu. Dugaannya macam orang nak naik gunung Everest juga. Silap-silap hari bulan tergelincir jatuh tergolek-golek.

Kepada Julia kalau benarlah dia berkahwin, selamat pengantin barulah. Jaga diri baik-baik ya.

NIEZAM: Tahniah kepada pememang Perncarian Kacak Bergaya Pancaindera yang diadakan di Saloma Bistro, KL, semalam.


Info : utusan 10/05/2009