November 01, 2009

(Cerita Artis) Drama ‘Nur Kasih’ catat 28 juta penonton !!!!!



DRAMA ‘Nur Kasih’ dibintangi oleh pelakon Tiz Zaqyah, Remy Ishak, Fizz Fairuz dan Ummi Nazeera kini telah melonjak bilangan penontonnya kepada 28 juta di laman sesawang dan 3 juta penonton yang menonton di TV3 manakala drama ‘Bio-Nik’ juga berjaya memperolehi 2.5 juta penonton setiap minggu di stesen TV itu.

Kejayaan yang dicatatkan itu memberikan perkembangan positif untuk menarik minat para penonton yang bukan sahaja di kaca televisyen malah melalui servis ‘Catch-up TV’ online di mana TV3 termasuk tiga stesen TV lain iaitu TV9, 8TV dan ntv7 yang bernaung di bawah rangkaian televisyen Media Prima Berhad telah meraih lebih 26 juta penonton video dan sehingga 85 juta melayari laman sesawang setiap bulan.






Baca Selanjutnya

Tahniah diucapkan kepada pelakon-pelakon Nur Kasih kerana berjaya memecahkan monopoli drama-drama dari seberang yang semakin lama mereka mengembangkan sayap di Malaysia.Apa KOmen anda !!!?