Baca Selanjutnya
“Saya tertarik pada seseorang yang stabil dari segi emosi, tahu bersosial tapi pada masa yang sama bertanggungjawab, serta berkongsi minat yang sama dengan saya,”jelas pelakon yang telah berkecimpung dalam bidang lakonan selama enam tahun.
Menurut Jehan yang memakai sut berwarna hitam semasa menghadiri yang majlis pra-tonton ‘Media Prima Network Screenings 2010’ pada Jumaat lalu,semua gadis ada kelebihan masing-masing tetapi apa yang penting adalah keserasian yang ada pada si dia dan Jehan.
“Pada saya, gadis yang saya suka tidak semestinya cantik. Dia mestilah menarik di mata saya dari segi luaran dan dalam,” kata pelakon yang tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
Apabila ditanya sama ada masih solo atau sudah berpunya, Jehan tidak memberi apa-apa komen.
“Buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan apa-apa mengenai kehidupan peribadi saya,”kata pelakon yang mempunyai darah kacukan Cina (sebelah ibu) dan Arab-Melayu (sebelah bapa).
Apabila ditanya soal kenapa dia selalu dikelilingi oleh ramai gadis, Jehan berkata mereka itu merupakan peminatnya.
“
Saya juga selalu didekati peminat dari pelbagai latar belakang, iaitu kanak-kanak sehingga warga emas.kata Jehan yang memiliki ijazah sarjana muda dalam jurusan sains komputer dari United Kingdom.
“Tetapi saya juga tidak menafikan yang kebanyakan daripada peminat saya terdiri daripada gadis-gadis,”
Zoom Komen: patutlah ramai awek-awek cina nak kat Jehan ni, kacukan cina + Arab..Baru Zoom tau...!!!!Apa komen anda !!!/