November 02, 2009
(Gossip) Diana Rafar Berkemban Setelah Di Cabar !!!!
Panas juga gossip terbaru ni,STATUS isteri kepada aktor Zamarul Hisham yang dipikul oleh aktres Diana Rafar sejak 16 Mei lalu bukanlah halangan untuk aktres jelita itu terus ligat dalam dunia lakonan.
Tidak ada titik noktah buatnya dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon meskipun dalam masa yang sama Diana sibuk dengan perniagaan spa yang semakin berkembang.
Namun, apa yang menjadi lebih sensasi adalah lakonan terbaru Diana dalam drama berjudul Nenek Kebaya. Bukan mutu lakonannya sudah menurun sebaliknya Diana yang sering dilihat berpakaian sopan semakin berani melakonkan adegan panas sejak bergelar isteri.
Apa-apa pun zoom "Post statement" Isteri Orang ni dalam akhbar online...
Baca Selanjutnya
"Drama ini adalah drama pertama saya selepas berkahwin. Mula-mula mendapat tawaran saya tidak pasti untuk menerimanya kerana ingin fokus pada spa dan berehat sebelum aktif semula pada tahun depan.
"Tetapi watak yang ditawarkan sungguh mencabar dan menarik tambahan suami saya mengizinkan saya membawakan watak sebagai Samsiah termasuklah adegan berkemban yang ada lima hingga enam babak. Kalau tidak saya pun tidak berani nak melakonkan adegan berkemban itu," ujarnya.
"Saya memang malu pada mulanya tetapi bila Mariani melakonkan watak itu tanpa segan silu, saya sebagai pelakon rasa tercabar tambahan dia mengatakan kalau tidak mahu melakukan adegan itu baik jangan jadi pelakon.
"Bayangkan dia orang lama pun boleh lakonkan adegan itu dengan selamba, jiwa saya terus tercabar dan saya berlakon seperti mana yang dikehendaki pengarah.
"Tambahan pengarah beri kebebasan jika saya mahu menutup badan menggunakan tuala di bahagian bahu ataupun memakai baju. Tetapi saya pula rasakan tidak kena mandi bunga dengan memakai baju kemeja-T," katanya.
"Memanglah saya tidak berapa selesa pada mulanya tetapi adegan itu telah dikurangkan dan pada saya itu bukanlah masalah yang besar.
"Drama ini berkisar tentang roh dari zaman dulu kala merasuk dalam tubuh Nenek Putih (Mariani) dan merasuk saya. Orang dulu-dulu suka mandi bunga dan berlulur, jadi saya hanya lakonan babak itu. Tiada yang lebih-lebih," terangnya lagi.
Dan ini pula Komen Mariana...
"Saya hanya ikut kehendak pengarah, itu tugas saya sebagai pelakon. Buat apa nak rasa malu sebab kalau kita kaji sejarah memang wanita Melayu mandi berkemban. Kalau di kampung orang tua atau muda mandi di sungai semuanya berkemban. Takkan saya nak berbogel pula.
"Saya memang tidak kisah orang nak fikir saya dah tua tapi masih nak berkemban dalam drama kerana saya tahu apa yang saya lakukan," ujarnya serius.
Selain itu, Mariani juga melahirkan rasa kesalnya terhadap segelintir pihak yang melemparkan kata-kata sinis terhadapnya di Internet.
"Walau saya sudah tua saya masih buka Internet dan saya ada terbaca orang kutuk saya mengatakan saya sudah tua masih sibuk nak berlakon, nanti sampai mati pun berlakon.
"Saya sedih kenapa orang nak cakap macam itu, habis itu semua yang saya buat salah ke? Saya tiada kebebasan ke? Saya jadi hantu salah, berkemban pun salah, habis apa yang boleh saya buat," luahnya kecewa.
Zoom Komen: Sama-sama kita tunggu aksi berkemban dari Diana Rafar Dan Veteran Mariana...!!! Apa KOmen anda !!?
Labels:
Artis Berkemban,
Artis Malaysia,
Cerita Artis,
Diana Rafar,
gossip,
Kisah Artis,
Mariani