Memaparkan catatan dengan label Diana Rafar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diana Rafar. Papar semua catatan

Februari 27, 2012

Diana Rafar Jadi Kaya Kerana Perniagaan Emas Di Serambi Emas

Rezeki ada dimana-mana dan tanpa usaha kejayaan tidak akan dicapai, begitu jugalah kisahnya mengenai artis bernama Diana Rafar ini. Setelah sekian lama mencari rezeki dalam bidang lakonan akhirnya beliau menemui rezeki yang menjadi punca pendapatan beliau.


Terbaru mengenai kisah artis ini yang dikatakan berkecimpung dalam perniagaan jual beli emas yang semakin menjadi pilihan pemilik emas. Bagi anda yang pernah menjalankan perniagaan ini sudah tentu anda tahu, tetapi jika belum ZoOM ingin bercerita serba sedikit mengenai perniagaan ini.


Harga emas sentiasa naik dan ia kini menjadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai item ini.


Konsepnya jika simpan emas dalam syarikat tersebut pemiliknya akan mendapat pulangan/keuntungan hasil daripada pelaburan.


Itu sahaja info yang ZOom Tahu, jika nak tahu lagi search dalam Google / Yahoo ye :)

Januari 10, 2012

Diana Rafar Kembali Setelah Beberapa Tahun Menghilang

Setelah beberapa tahun menyepikan diri daripada dunia hiburan, kini Diana kembali menjadi penyinar kepada industri seni di Malaysia khasnya. Menurut info beliau menyepikan diri kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga terutamanya anak beliau Kashfi Haikal yang kini berusia dua tahun tiga bulan.

Dan berikut beberapa jawapan beliau apabila ditanya tentang kemunculannya semula dalam arena industri hiburan :
"Saya memang tidak aktif sepanjang tahun lalu kerana sibuk menumpukan perhatian pada anak yang sedang membesar dan menguruskan spa yang semakin berkembang. 
"Kalau ada pun saya menerima beberapa tawaran lakonan, saya tidak terlibat dengan penggambaran yang mengambil masa panjang di lokasi demi anak, keluarga dan bisnes," katanya.

Diana mendirikan rumah tangga bersama aktor Zamarul Hisham, 41, pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Diana berkata keputusan untuk kembali aktif itu tercetus selepas dia merasakan pengurusan keluarga dan perniagaannya sudah berada pada tahap yang lebih stabil dan lancar.Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Disember 09, 2009

(Cerita Artis)Diana Rafar ditakuti kanak-kanak kerana Nenek Kebaya



Kesian pelakon Diana Rafar. Gara-gara lakonan menjadinya dalam drama seram Nenek Kebaya di TV3, dia ditakuti oleh kanak-kanak.

Apabila dia ingin mendekati mereka, kanak-kanak menjauhkan diri kerana bimbang dengan kejahatan yang mungkin ditimpa ke atas mereka. Mereka sebenarnya terbawa-bawa watak Shamsiah lakonannya dalam drama itu.



Baca Selanjutnya

Dalam drama Nenek Kebaya, watak Samsiah dimasuki roh jahat untuk membalas dendam membunuh keturunan suaminya.

Watak itu juga digambarkan mempunyai kuasa sihir jahat menjadikan seseorang jatuh sakit dan sebagainya.

"Semasa Diana ke rumah Kak Linda (kakaknya Linda Rafar) baru-baru ini kanak-kanak takut dengan Diana sebab watak Diana dalam Nenek Kebaya.

"Usahkan nak pegang mereka, bila tegur pun mereka dah lari," kata Diana.

Nampaknya lakonan Diana menjadi kalau boleh membuatkan Diana ditakuti di luar skrin. Itu tandanya lakonan Diana berkesan.

Agaknya sebab Diana belum lagi mendukung bayi. Kalau Diana dukung bayi agaknya mereka tak akan takut lagi sebab mereka nampak bayi selamat bersama Diana.

Credit Mangga

Zoom : berkesan juga cerita nenek kebaya ni kepada kanak-kanak !!! zoom pun ada mengikuti cerita ini, anda pula bagaimana !?

November 02, 2009

(Gossip) Diana Rafar Berkemban Setelah Di Cabar !!!!



Panas juga gossip terbaru ni,STATUS isteri kepada aktor Zamarul Hisham yang dipikul oleh aktres Diana Rafar sejak 16 Mei lalu bukanlah halangan untuk aktres jelita itu terus ligat dalam dunia lakonan.

Tidak ada titik noktah buatnya dalam meneruskan kerjaya sebagai seorang pelakon meskipun dalam masa yang sama Diana sibuk dengan perniagaan spa yang semakin berkembang.

Namun, apa yang menjadi lebih sensasi adalah lakonan terbaru Diana dalam drama berjudul Nenek Kebaya. Bukan mutu lakonannya sudah menurun sebaliknya Diana yang sering dilihat berpakaian sopan semakin berani melakonkan adegan panas sejak bergelar isteri.

Apa-apa pun zoom "Post statement" Isteri Orang ni dalam akhbar online...






Baca Selanjutnya

"Drama ini adalah drama pertama saya selepas berkahwin. Mula-mula mendapat tawaran saya tidak pasti untuk menerimanya kerana ingin fokus pada spa dan berehat sebelum aktif semula pada tahun depan.

"Tetapi watak yang ditawarkan sungguh mencabar dan menarik tambahan suami saya mengizinkan saya membawakan watak sebagai Samsiah termasuklah adegan berkemban yang ada lima hingga enam babak. Kalau tidak saya pun tidak berani nak melakonkan adegan berkemban itu," ujarnya.

"Saya memang malu pada mulanya tetapi bila Mariani melakonkan watak itu tanpa segan silu, saya sebagai pelakon rasa tercabar tambahan dia mengatakan kalau tidak mahu melakukan adegan itu baik jangan jadi pelakon.

"Bayangkan dia orang lama pun boleh lakonkan adegan itu dengan selamba, jiwa saya terus tercabar dan saya berlakon seperti mana yang dikehendaki pengarah.

"Tambahan pengarah beri kebebasan jika saya mahu menutup badan menggunakan tuala di bahagian bahu ataupun memakai baju. Tetapi saya pula rasakan tidak kena mandi bunga dengan memakai baju kemeja-T," katanya.

"Memanglah saya tidak berapa selesa pada mulanya tetapi adegan itu telah dikurangkan dan pada saya itu bukanlah masalah yang besar.

"Drama ini berkisar tentang roh dari zaman dulu kala merasuk dalam tubuh Nenek Putih (Mariani) dan merasuk saya. Orang dulu-dulu suka mandi bunga dan berlulur, jadi saya hanya lakonan babak itu. Tiada yang lebih-lebih," terangnya lagi.

Dan ini pula Komen Mariana...

"Saya hanya ikut kehendak pengarah, itu tugas saya sebagai pelakon. Buat apa nak rasa malu sebab kalau kita kaji sejarah memang wanita Melayu mandi berkemban. Kalau di kampung orang tua atau muda mandi di sungai semuanya berkemban. Takkan saya nak berbogel pula.

"Saya memang tidak kisah orang nak fikir saya dah tua tapi masih nak berkemban dalam drama kerana saya tahu apa yang saya lakukan," ujarnya serius.

Selain itu, Mariani juga melahirkan rasa kesalnya terhadap segelintir pihak yang melemparkan kata-kata sinis terhadapnya di Internet.

"Walau saya sudah tua saya masih buka Internet dan saya ada terbaca orang kutuk saya mengatakan saya sudah tua masih sibuk nak berlakon, nanti sampai mati pun berlakon.

"Saya sedih kenapa orang nak cakap macam itu, habis itu semua yang saya buat salah ke? Saya tiada kebebasan ke? Saya jadi hantu salah, berkemban pun salah, habis apa yang boleh saya buat," luahnya kecewa.


Zoom Komen: Sama-sama kita tunggu aksi berkemban dari Diana Rafar Dan Veteran Mariana...!!! Apa KOmen anda !!?


Mei 18, 2009

Weeding : Diana & Zamarul 8 Tahun Bercinta Baru Kahwin (Lama Gilerk!)




8 tahun bukan satu jangka masa yang pendek untuk pasangan yang bercinta, begitu juga buat Zamarul & Diana Rafar yang baru sahaja melangsung’kan perkahwinan semalam. Pasangan tersebut sudah pun di’nikah’kan dengan sekali lafaz di’ Masjid Sultan Abdul Aziz Shah dengan mas kahwin berjumlah RM165 & hantaran RM16,500.

zoom Admin! mengucap’kan tahniah kepada Zamarul & Diana Rafar atas terbina’nya mahligai impian mereka dan di’doa’kan agar perkahwinan mereka kekal sepanjang hayat. Tertanya-tanya juga apa’kah tips Zamarul & Diana Rafar sehingga mampu bertahan selama 8 tahun?