Dan berikut beberapa jawapan beliau apabila ditanya tentang kemunculannya semula dalam arena industri hiburan :
"Saya memang tidak aktif sepanjang tahun lalu kerana sibuk menumpukan perhatian pada anak yang sedang membesar dan menguruskan spa yang semakin berkembang.
"Kalau ada pun saya menerima beberapa tawaran lakonan, saya tidak terlibat dengan penggambaran yang mengambil masa panjang di lokasi demi anak, keluarga dan bisnes," katanya.
Diana mendirikan rumah tangga bersama aktor Zamarul Hisham, 41, pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Diana berkata keputusan untuk kembali aktif itu tercetus selepas dia merasakan pengurusan keluarga dan perniagaannya sudah berada pada tahap yang lebih stabil dan lancar.Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis