Februari 27, 2012

Diana Rafar Jadi Kaya Kerana Perniagaan Emas Di Serambi Emas

Rezeki ada dimana-mana dan tanpa usaha kejayaan tidak akan dicapai, begitu jugalah kisahnya mengenai artis bernama Diana Rafar ini. Setelah sekian lama mencari rezeki dalam bidang lakonan akhirnya beliau menemui rezeki yang menjadi punca pendapatan beliau.


Terbaru mengenai kisah artis ini yang dikatakan berkecimpung dalam perniagaan jual beli emas yang semakin menjadi pilihan pemilik emas. Bagi anda yang pernah menjalankan perniagaan ini sudah tentu anda tahu, tetapi jika belum ZoOM ingin bercerita serba sedikit mengenai perniagaan ini.


Harga emas sentiasa naik dan ia kini menjadi perhatian kepada sesiapa sahaja yang mempunyai item ini.


Konsepnya jika simpan emas dalam syarikat tersebut pemiliknya akan mendapat pulangan/keuntungan hasil daripada pelaburan.


Itu sahaja info yang ZOom Tahu, jika nak tahu lagi search dalam Google / Yahoo ye :)



Lanjutan daripada kisah diatas berikut beberapa ayat 
Diana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.

“Lainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar,” katanya ketika ditemui di D'Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.

“Kalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain kerana perniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar,” katanya bersungguh-sungguh.

Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon. 
“Sekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini. 
“Dulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini,” katanya.



ZooM : Apa Kata anda mengenai perniagaan emas ini ?


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!