Memaparkan catatan dengan label Rossa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rossa. Papar semua catatan

Ogos 14, 2010

Rossa Ingin Berbuka Puasa Dengan Bekas Suami

Mesti Rossa terasa raya tahun ini sebab tanpa kehadiran si suami yang sebelum ini menemankan beliau berpuasa dan berbuka puasa.Tetapi tahun ini rossa menyambut hari lebaran hanya dengan ibu dan ayah..


Berikut luahan si penyanyi kecil comel dari indonesia yang mempunyai suara merdu ni,:


"Kalau ada peluang untuk berjumpa Yoyo, saya ingin bawa anak saya makan bersama-sama seperti dulu, Insyaallah kami akan berbuka puasa bersama nanti," ujar ibu kepada Rizki Langit Ramadhan ini.

Mac 06, 2010

(Artis Indonesia) Tiada Lelaki Berani Berdampingan Dengan Rossa

Penyanyi Rossa masih sering dilihat bersendirian hingga kini selepas bercerai dari Yoyo, pemain drum kumpulan Padi, pada 14 Julai 2009 lalu. Masih belum ada jejaka yang dilihat berani berdampingan dengan penyanyi jelita ini.


Ini disebabkan Rossa masih menyendiri kerana dia tidak terlalu inginkan perhatian dari seorang lelaki. Malah ketika Rossa sakit sebelum ini, dia tidak mempedulikan kehadiran seorang kekasih di sampingnya.


Rossa yang telah mempunyai seorang anak itu merasakan bahawa keluarga dan temannya sudah mencurahkan perhatian secukupnya. Namun itu tidak berarti Rossa tidak mahu memiliki kekasih. Walaubagaimanapun, dia juga berharap jejaka idamannya segera datang menghampirinya.

Februari 07, 2010

(News) Konsert Melodi Cinta Rossa di Malaysia

Konsert Melodi Cinta menawarkan tiket-tiket dengan harga dari RM58, RM98, RM148, RM248, RM348. Bagi mendapat maklumat lebih lanjut mengenai penempahan tiket tersebut, peminat boleh terus ke talian +603 77115000 atau layari laman web www.axcess.com.my.

Tarikh: 29 Mei 2010
Tempat: Stadium Putra Bukit Jalil


Ada tak yang pergi konsert artis dari seberang ini? Boleh tahan juga harga tiket konsert Rossa ini,inilah yang dinamakan rezeki di negara orang.Sudah acap kali kita dengar artis seberang datang bertandang di Negara kita mencari rezeki.Tetapi berapa kerat artis di NEGARA kita yang berjaya melebarkan sayap dan berjaya di Negara lain?. Sampai bilakah artis kita hanya berada di dalam sebuah pulau tanpa melebarkannya...

Apa kata anda !!?



Baca Selanjutnya

Oktober 15, 2009

(Gossip) Rossa tawar diri pulihkan hubungan Malaysia-Indonesia !!!


KEKERUHAN hubungan antara Malaysia dan Indonesia ketika ini, rentetan dari isu tarian pendet sememangnya turut dirasai oleh penyanyi popular Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani yang mesra dengan panggilan Rossa ini.

Bagi Rossa yang menganggap Malaysia adalah 'rumah' keduanya memandangkan dia sendiri turut mencipta nama di negara ini, dia sedar, isu itu masih belum habis diperkatakan.

Namun, tutur penyanyi berusia 31 tahun ini, sebagai individu yang 'mengenali' dua negara ini, dia turut mempunyai kesedaran untuk cuba 'memulihkan' ketegangan yang melanda dengan cara tersendiri atas nama sebagai seorang penyanyi.



Baca Selanjutnya

"Sedih sekali jika perkara ini berlarutan atau semakin meruncing. Mengapa perlu bersengketa sedangkan kita bersaudara dan merupakan satu rumpun? Saya senang sekali dengan layanan yang diberikan oleh kenalan dan peminat-peminat Malaysia setiap kali saya berada di sana.

"Seboleh mungkin, saya juga ingin cuba memulihkan keadaan ini dan tidak salah untuk saya lakukannya menerusi muzik. Saya percaya, muzik boleh menyatukan bangsa.

"Insya-allah, ini hanyalah salah faham yang sebenarnya boleh dileraikan andai kata semua pihak di kedua-dua negara memainkan peranan masing-masing dengan baik.

"Apa yang penting, jangan ada yang mengambil kesempatan di atas keruncingan yang sedang berlaku ini," ujar Rossa ketika dihubungi dari Jakarta, Indonesia, semalam.

Ditanya sama ada dia sendiri pernah berasa risau kemungkinan peminat-peminat di Malaysia akan turut memboikot artis-artis Indonesia termasuk dirinya gara-gara isu itu, kata penyanyi yang popular dengan lagu Atas Nama Cinta, Ayat-Ayat Cinta dan Hey Ladies ini, dia tidak pernah terfikir sedemikian.

"Sejujurnya, saya tidak pernah risau dan tidak pula terlintas tentang diboikot. Perkara ini boleh dibendung.

"Saya sendiri ada berkunjung ke Kuala Lumpur sewaktu bulan Ramadan yang lalu dan saya bersyukur, peminat-peminat di sana tetap menerima diri dan muzik saya walaupun ketika itu isu ini sedang 'hangat'.

"Begitu juga yang saya harapkan layanan sama turut diterima jika artis-artis Malaysia datang ke negara ini. Tidak perlu boikot-memboikot," kata wanita kelahiran Sumedang, Jawa Barat, Indonesia ini.

Menurut Rossa, dilantik sebagai duta pelancongan oleh Jakarta City Government Tourism & Culture Office (JTCO) juga memberikan platform yang bagus untuk dirinya sama-sama cuba menjernihkan keadaan yang melanda.

Malah, Rossa turut teruja apabila JTCO bersama dengan Explorer Tourism Network (ETN) menganjurkan peraduan 'Fly with Rossa to Jakarta' untuk kempen mempromosikan negara itu, yang mana seorang peminat bertuah di Malaysia akan memenangi dua tiket penerbangan pergi balik bagi kelas bisnes KLM Royal Dutch Airlines dengan ditemani oleh Rossa untuk bercuti bersama penyanyi itu di Jakarta selama 3 hari 2 malam pada 4 November nanti.

Saya berharap dengan program ini, ia dapat memberi peluang kepada saya untuk memberikan imej yang baik tentang Indonesia. Bagi saya, program ini sebenarnya secara tidak langsung merupakan satu usaha yang baik tatkala kita berdepan dengan isu ini.

"Sejujurnya, saya memang tidak sabar untuk menyertai percutian ini bersama peminat bertuah itu nanti," ujar ibu kepada Muhammad Rizky Langit Ramadhan yang berusia dua setengah tahun ini.

Selain itu, pemenang bertuah akan memenangi penginapan tiga hari dua malam di hotel bertaraf lima bintang, baucer beli-belah bernilai USD300 (RM1000) dan jemputan menyaksikan 'showcase' Enjoy Jakarta Evening oleh Rossa.

Maklumat lanjut dan peraduan itu boleh disertai dengan melayari laman web www.etn.my

Bercerita tentang persembahan istimewanya, Enjoy Jakarta Evening yang merupakan salah satu program di dalam kempen itu, kata Rossa, persembahan yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe pada 3 November depan itu lebih berkonsepkan 'intimasi'.

"Ia bukannya sebuah konsert yang besar, hanya sekitar 200 penonton akan diundang untuk menyaksikan persembahan itu. Seperti biasa, saya akan membawakan lagu-lagu popular saya dan akan turut menyanyikan lagu tema kempen ini, Enjoy Jakarta," ujar Rossa yang pernah mengadakan konsert mini di Kuala Lumpur pada Jun lalu.

Kata penyanyi ini lagi, dia juga rindu untuk sekali lagi beraksi di depan lebih ramai peminat-peminat di Malaysia dan akui Rossa, impiannya itu mungkin akan tercapai apabila dia dijangka akan mengadakan konsert solo di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada April depan.

"Setelah melihat konsert Datuk Siti Nurhaliza di IB tidak lama dulu, saya memang teringin sangat untuk turut adakan konsert di sana.

"Sekarang ini masih di dalam perancangan, dan saya yakin, isu ketegangan yang melanda ini tidak akan menjejaskan impian saya," kata Rossa.


Zoom Komen: Buat la ROssa, asal negara awak tue boleh faham situasi di sini,kenapalah Media di seberang tue tidak ada kesedaran langsung erti nagara serumpun dan berjiran..kalau ada pa-apa jer musibah mendatsng negara seberang ini juga yang sibuk2 nak tolong..!!

Julai 12, 2009

(Panas) Mawi penyebab keruntuhan rumahtangga Rossa !


Alahai Kenapa La Media Indonesia ni !!!! Tak Habis-habis nak memburukan MALAYSIA ..
Yang Terbaru Mawi Di Kaitkan Dengan Rossa..Korang KOmen la k..ni kat bawah ni Teks Zoom Cilok Kat Web Satu ni :) sorry Pinjam Sat


MEMANG lucu! Itulah reaksi pertama penyanyi lelaki nombor satu tanah air, Asmawi Ani, 28, apabila tidak semena-mena namanya dikaitkan menjadi punca keruntuhan rumah tangga penyanyi dari seberang Rossa dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo, oleh akhbar Indonesia, Sumatera Ekspres bertarikh 5 Julai.

Dalam keadaan masih mamai kerana baru bangun tidur petang, Mawi yang ketika dihubungi berada di kediamannya di Bangi, beberapa kali menyatakan laporan akhbar berkenaan sebagai amat mengarut sambil ketawa besar.

Apabila laporan akhbar itu dibacakan kepadanya yang berbunyi Rossa sering berulang alik ke Malaysia untuk menemuinya, penyanyi itu hanya mampu ketawa tetapi pada masa sama terkejut mendengar fitnah yang tidak berasas itu.

Selain didakwa sering berulang alik ke sini untuk menemui Mawi, mereka yang dikatakan pernah berduet sebanyak tiga kali di dalam konsert besar juga kerap dilihat menghabiskan masa berdua.

Ekoran itu, rumah tangga yang dibina penyanyi itu bersama suaminya Yoyo sejak 18 Mac 2004 itu berantakan hingga membawa kepada perceraian.
ROSSA bersama Yoyo dan anak mereka, Rizky Langit Ramadan.

Bagaimanapun, ironinya sepanjang karier Mawi selama empat tahun, mereka hanya pernah dipertemukan sekali saja iaitu untuk Majlis Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality, tetapi peristiwa itu berlaku kira-kira dua tahun lalu.

Selepas menjayakan minggu setiausaha, jangankan berhubung, kata Mawi bersua muka pun tidak pernah sama sekali kerana selepas bekerjasama dalam acara berkenaan, mereka langsung tidak berhubung sebaliknya lebih selesa membawa haluan sendiri.

Setelah hampir dua tahun tidak bersua muka, Mawi mengaku pernah bertemu dengan penyanyi genit itu. Itu pun dua bulan lalu di Anugerah Industri Muzik (AIM 16) Mei lalu apabila tempat duduk mereka diletak berhampiran. Bagaimanapun Rossa duduk di sebelah isterinya, Ikin tetapi kata Mawi dia tidak berkesempatan untuk berbual lanjut dengan penyanyi itu.

Sengaja mengusik penyanyi ini, mungkin gosip sebegini boleh membantu memperkenalkan namanya ke Indonesia, Mawi tenang menjawab dia tidak memerlukan bantuan gosip negatif semata-mata untuk mencipta nama di negara jiran itu.

“Mengarut… lucu.. tidak ada kena mengena dan gila!” spontan Raja SMS itu menjawab.

“Kami pernah berjumpa sekali, itu pun ketika sama-sama menjayakan Minggu Setiausaha. Selepas itu, kami tidak pernah bertemu lagi. Dia seorang yang mesra dan gila-gila. Memang ketika sama-sama menjayakan minggu setiausaha itu kami ada berbual tetapi hanyalah sekadar perbualan biasa dan kami hanya bertemu setakat itu saja.

“Tetapi tidaklah terbawa-bawa hingga di luar kerja, malah selepas majlis itu kami tidak pernah berhubung langsung untuk bertanya khabar. Gosip itu memang mengarut betul,” katanya.

‘Tak perlu cerita negatif naikkan nama’

“SAYA tidak tergamak dilabel sebagai perosak rumah tangga orang. Saya juga tidak memerlukan cerita negatif untuk menaikkan nama. Mahu saya tak terkejut dengar cerita sebegini kerana kami memang tidak pernah rapat,” kata Mawi.

Pinta penyanyi itu juga, janganlah sengaja mengadakan cerita sebegini kerana ia boleh mengganggu keharmonian rumah tangga yang baru dibina dengan wanita tercinta Disember lalu setelah hampir dua tahun berkenalan.

Malah, dia juga tidak mahu cerita itu menambahkan lagi kekeruhan yang sedia dihadapi penyanyi dari sebarang itu.

Barangkali media dari seberang tersilap di antara Mawi dan juga seorang lagi penyanyi yang lahir dari program realiti yang juga masih muda, Faizal Tahir berikutan mereka baru saja berduet dalam AIM 16 baru-baru ini.

Sejak duet bersama, Rossa pernah melahirkan kekagumannya kepada penyanyi berbakat itu kepada media tempatan dalam kunjungannya baru-baru ini ketika menjayakan konsert Mini Cerita Cinta Rossa.

Rossa melahirkan kekagumannya bukan setakat pada vokal penyanyi itu tetapi juga terhadap lagu yang terkandung di dalam album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu. Lagu yang paling diminatinya ialah Sampai Syurga sehingga berulang kali lagu itu diputarkan di dalam keretanya.

Namun, rasa kagum itu tidak lebih seperti seorang peminat kepada penyanyi kerana ibu kepada Rizky Langit Ramadan, dua tahun lapan bulan itu mengetahui status Faizal sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga anak.

Bagaimanapun, mustahil untuk Mawi mahu pun Faizal mempunyai hubungan dengan Rossa kerana kedua-dua penyanyi ini sudah pun berkahwin. Malah mereka berdua juga kini sedang melalui fasa paling bahagia dalam rumah tangga masing-masing.

Seperti Mawi, isterinya Ekin juga hanya mampu ketawa mendengar gosip pertama membabitkan suaminya dengan seorang penyanyi popular seperti Rossa. Gosip pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga hampir tujuh bulan lalu langsung tidak menjejaskan keindahan rumah tangga yang sedang diulit pasangan ini.

“Kami samasama merasakan gosip itu kelakar. Iya ke Mawi ada hubungan dengan Rossa dan bagaimana pula dia boleh dikaitkan dengan penyanyi itu? Sedangkan saya tak pernah dengar Mawi bercerita pasal Rossa pun selama ini.

“Hanya disebabkan mereka pernah berduet bersama, Mawi dan Rossa dikaitkan mempunyai hubungan hingga Mawi dikatakan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga penyanyi itu. Gosip ini memang tak berasas sama sekali tetapi buat apalah saya nak marah, namanya pun gosip.

“Selama kami berkahwin inilah gosip pertama mengaitkan Mawi dengan wanita lain tetapi saya percaya dia tidak melakukan perkara seperti itu. Sebab itu apabila Mawi beritahu, saya hanya ketawa saja. Dia pun bersungut juga mengatakan gosip itu entah apaapa,” kata Ekin ketika dihubungi.

Jun 25, 2009

(Celebrity News) Rossa Solat Istiqarah !!


Untuk menyenangkan hati, selain sibuk dengan showbiz, Rossa melakukan solat istiqarah pada masa lapang. Malah beberapa bulan kebelakangan ini, penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat ini aktif mengikuti kegiatan kerohanian yang diadakan kumpulan dinamakan pengajian Orbit.

Difahamkan, kumpulan pengajian itu kerap bertemu, termasuk di kediaman ketua mereka, Muhammadiyah Prof Dr Din Syamsuddin, untuk mengadakan pengajian dan pengkajian ayat suci Al-Quran.

Dibanding penyanyi lain, Rossa boleh dikata mewah dengan lagu cinta yang menyentuh emosi. Bermula dengan Nada-Nada Cinta, membara dengan Perawan Cinta, Terlalu Cinta, Atas Nama Cinta dan Ayat-Ayat Cinta, fitrahnya kini penyanyi yang ramah ini seperti kehausan cinta sejati.

Zoom Comment: Kalau Dah sembahyang,lebih elok kalau Rossa terus menukar penampilan menjadi seorang ibu yang soleh,Mungkin Berkat perubahan Rossa akan diterima Olehnya.Seterusnya menyelamatkan Kekusutan yang Rossa Alami..Kesian Zoom Tengok Si Rossa Ni,Ditambah lagi dengan lagu-lagu cinta yang menyentuh emosi..Huhh. Bermula dengan Nada-Nada Cinta, membara dengan Perawan Cinta, Terlalu Cinta, Atas Nama Cinta dan Ayat-Ayat Cinta, fitrahnya kini penyanyi yang ramah ini seperti kehausan cinta sejati.

Jun 24, 2009

(Celebrity News) Rossa - Pasha Terlanjur Cinta?


Artis Indonesia yang sedang hangat dengan konterversi ini dikatakan, berpunca dari keintiman rossa dengan vokalis kumpulan Ungu.Alahai tak habis-habis artis di nusantara ni,kahwin cerai..kawin cerai.

INI LAH PASHA JEJAKA YANG MENJADI KONTERVERSI ROSSA


Jun 23, 2009

(Gossip) Rossa sudah tinggal berasingan dgn Yoyo ?


"KAMI memang sudah tinggal berasingan tetapi belum bercerai," jawab Rossa mengenai dakwaan yang mengatakan dia dan suaminya telah bercerai.
Rossa atau nama sebenarnya Sri Rossa Roslaina Handiyani akui walaupun telah tinggal berasingan sejak setahun lalu, namun dia 'belum tahu' sama ada akan bercerai dengan pemain drum band Padi itu atau tidak.
"Saya masih isteri 'gantung' Yoyo.
"Saya belum punya kekuatan untuk bercerai dan hanya berserah kepada yang di atas (Allah) agar memberi yang terbaik dan kekuatan kepada saya," kata Rossa sejurus selepas sidang media Konsert Mini Cerita Cinta Rossa?di ibu kota semalam.


Rossa PUn nak bercerai? kalau tak ada kisah cerai ..

Mei 26, 2009

(Gossip) Ini Rossa Ker ??


Cuba korang tengok gambar kat bawah ni, ada orang claim ini gambar Rossa. Betul ke..? Lain benar dengan Rossa yang pakai make-up dengan takda make-up ni. Tapi kalau bukan Rossa, pasal apa ada orang sanggup mintak sign atas note RM 100 ?? Agaknya kalau bibik-bibik kat Malaysia make-up mau semua jantan-jantan kat Malaysia carik bibik-bibik je. Hak Hak Hak…