Mac 06, 2010

(Artis Indonesia) Tiada Lelaki Berani Berdampingan Dengan Rossa

Penyanyi Rossa masih sering dilihat bersendirian hingga kini selepas bercerai dari Yoyo, pemain drum kumpulan Padi, pada 14 Julai 2009 lalu. Masih belum ada jejaka yang dilihat berani berdampingan dengan penyanyi jelita ini.


Ini disebabkan Rossa masih menyendiri kerana dia tidak terlalu inginkan perhatian dari seorang lelaki. Malah ketika Rossa sakit sebelum ini, dia tidak mempedulikan kehadiran seorang kekasih di sampingnya.


Rossa yang telah mempunyai seorang anak itu merasakan bahawa keluarga dan temannya sudah mencurahkan perhatian secukupnya. Namun itu tidak berarti Rossa tidak mahu memiliki kekasih. Walaubagaimanapun, dia juga berharap jejaka idamannya segera datang menghampirinya.