Mac 06, 2010

(Gossip) Joanna dan Vince hanya sebagai teman sekerja !!

Tampil menjawap gossip-gossip di luar sana gadis bernama Joanna menafikan belilau dan Vince sedang di lamun cinta tetapi hanya sekadar teman sekerja sahaja.


Gadis yang berusia 21 tahun ini juga menyatakan bahawa mereka hanya berlandaskan hubungan profesional antara teman artis. Malah, Jo-Anna yang menganggap Vince seperti seorang abang, mengakui dia hanya mengenali Vince sejak diundang sebagai pasangan duet dalam album terbarunya, Kronologi Cinta.


Dia berpendapat bahawa dakwaan tidak berasas itu tercetus ekoran pendedahan Vince yang baru saja putus cinta, sebelum itu. Lantas, keakrabannya dengan penyanyi yang popular dengan lagu Percayalah Sayang itu disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak.




Joanna bertambah lagi bahawa dia tidak begitu mengenali Vince secara peribadi melainkan atas urusan kerja sahaja. Justeru itu, dia tidak dapat memberi sebarang jawapan pada pertanyaan itu.