Julai 12, 2009
(Panas) Mawi penyebab keruntuhan rumahtangga Rossa !
Alahai Kenapa La Media Indonesia ni !!!! Tak Habis-habis nak memburukan MALAYSIA ..
Yang Terbaru Mawi Di Kaitkan Dengan Rossa..Korang KOmen la k..ni kat bawah ni Teks Zoom Cilok Kat Web Satu ni :) sorry Pinjam Sat
MEMANG lucu! Itulah reaksi pertama penyanyi lelaki nombor satu tanah air, Asmawi Ani, 28, apabila tidak semena-mena namanya dikaitkan menjadi punca keruntuhan rumah tangga penyanyi dari seberang Rossa dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo, oleh akhbar Indonesia, Sumatera Ekspres bertarikh 5 Julai.
Dalam keadaan masih mamai kerana baru bangun tidur petang, Mawi yang ketika dihubungi berada di kediamannya di Bangi, beberapa kali menyatakan laporan akhbar berkenaan sebagai amat mengarut sambil ketawa besar.
Apabila laporan akhbar itu dibacakan kepadanya yang berbunyi Rossa sering berulang alik ke Malaysia untuk menemuinya, penyanyi itu hanya mampu ketawa tetapi pada masa sama terkejut mendengar fitnah yang tidak berasas itu.
Selain didakwa sering berulang alik ke sini untuk menemui Mawi, mereka yang dikatakan pernah berduet sebanyak tiga kali di dalam konsert besar juga kerap dilihat menghabiskan masa berdua.
Ekoran itu, rumah tangga yang dibina penyanyi itu bersama suaminya Yoyo sejak 18 Mac 2004 itu berantakan hingga membawa kepada perceraian.
ROSSA bersama Yoyo dan anak mereka, Rizky Langit Ramadan.
Bagaimanapun, ironinya sepanjang karier Mawi selama empat tahun, mereka hanya pernah dipertemukan sekali saja iaitu untuk Majlis Minggu Setiausaha anjuran Hotel Quality, tetapi peristiwa itu berlaku kira-kira dua tahun lalu.
Selepas menjayakan minggu setiausaha, jangankan berhubung, kata Mawi bersua muka pun tidak pernah sama sekali kerana selepas bekerjasama dalam acara berkenaan, mereka langsung tidak berhubung sebaliknya lebih selesa membawa haluan sendiri.
Setelah hampir dua tahun tidak bersua muka, Mawi mengaku pernah bertemu dengan penyanyi genit itu. Itu pun dua bulan lalu di Anugerah Industri Muzik (AIM 16) Mei lalu apabila tempat duduk mereka diletak berhampiran. Bagaimanapun Rossa duduk di sebelah isterinya, Ikin tetapi kata Mawi dia tidak berkesempatan untuk berbual lanjut dengan penyanyi itu.
Sengaja mengusik penyanyi ini, mungkin gosip sebegini boleh membantu memperkenalkan namanya ke Indonesia, Mawi tenang menjawab dia tidak memerlukan bantuan gosip negatif semata-mata untuk mencipta nama di negara jiran itu.
“Mengarut… lucu.. tidak ada kena mengena dan gila!” spontan Raja SMS itu menjawab.
“Kami pernah berjumpa sekali, itu pun ketika sama-sama menjayakan Minggu Setiausaha. Selepas itu, kami tidak pernah bertemu lagi. Dia seorang yang mesra dan gila-gila. Memang ketika sama-sama menjayakan minggu setiausaha itu kami ada berbual tetapi hanyalah sekadar perbualan biasa dan kami hanya bertemu setakat itu saja.
“Tetapi tidaklah terbawa-bawa hingga di luar kerja, malah selepas majlis itu kami tidak pernah berhubung langsung untuk bertanya khabar. Gosip itu memang mengarut betul,” katanya.
‘Tak perlu cerita negatif naikkan nama’
“SAYA tidak tergamak dilabel sebagai perosak rumah tangga orang. Saya juga tidak memerlukan cerita negatif untuk menaikkan nama. Mahu saya tak terkejut dengar cerita sebegini kerana kami memang tidak pernah rapat,” kata Mawi.
Pinta penyanyi itu juga, janganlah sengaja mengadakan cerita sebegini kerana ia boleh mengganggu keharmonian rumah tangga yang baru dibina dengan wanita tercinta Disember lalu setelah hampir dua tahun berkenalan.
Malah, dia juga tidak mahu cerita itu menambahkan lagi kekeruhan yang sedia dihadapi penyanyi dari sebarang itu.
Barangkali media dari seberang tersilap di antara Mawi dan juga seorang lagi penyanyi yang lahir dari program realiti yang juga masih muda, Faizal Tahir berikutan mereka baru saja berduet dalam AIM 16 baru-baru ini.
Sejak duet bersama, Rossa pernah melahirkan kekagumannya kepada penyanyi berbakat itu kepada media tempatan dalam kunjungannya baru-baru ini ketika menjayakan konsert Mini Cerita Cinta Rossa.
Rossa melahirkan kekagumannya bukan setakat pada vokal penyanyi itu tetapi juga terhadap lagu yang terkandung di dalam album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu. Lagu yang paling diminatinya ialah Sampai Syurga sehingga berulang kali lagu itu diputarkan di dalam keretanya.
Namun, rasa kagum itu tidak lebih seperti seorang peminat kepada penyanyi kerana ibu kepada Rizky Langit Ramadan, dua tahun lapan bulan itu mengetahui status Faizal sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga anak.
Bagaimanapun, mustahil untuk Mawi mahu pun Faizal mempunyai hubungan dengan Rossa kerana kedua-dua penyanyi ini sudah pun berkahwin. Malah mereka berdua juga kini sedang melalui fasa paling bahagia dalam rumah tangga masing-masing.
Seperti Mawi, isterinya Ekin juga hanya mampu ketawa mendengar gosip pertama membabitkan suaminya dengan seorang penyanyi popular seperti Rossa. Gosip pertama selepas mereka mendirikan rumah tangga hampir tujuh bulan lalu langsung tidak menjejaskan keindahan rumah tangga yang sedang diulit pasangan ini.
“Kami samasama merasakan gosip itu kelakar. Iya ke Mawi ada hubungan dengan Rossa dan bagaimana pula dia boleh dikaitkan dengan penyanyi itu? Sedangkan saya tak pernah dengar Mawi bercerita pasal Rossa pun selama ini.
“Hanya disebabkan mereka pernah berduet bersama, Mawi dan Rossa dikaitkan mempunyai hubungan hingga Mawi dikatakan menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga penyanyi itu. Gosip ini memang tak berasas sama sekali tetapi buat apalah saya nak marah, namanya pun gosip.
“Selama kami berkahwin inilah gosip pertama mengaitkan Mawi dengan wanita lain tetapi saya percaya dia tidak melakukan perkara seperti itu. Sebab itu apabila Mawi beritahu, saya hanya ketawa saja. Dia pun bersungut juga mengatakan gosip itu entah apaapa,” kata Ekin ketika dihubungi.
Labels:
Artis Indonesia,
Artis Malaysia,
Celebrity News,
gossip,
Konterversi,
Mawi,
Panas,
Rossa