“Kalau hendak diikutkan sebenarnya sudah tiga bulan sejak awal tahun ini lagi saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran filem kerana tiada watak yang bersesuaian.Pelakon yang sudah empat tahun menceburi dunia lakonan itu berkata, ketika dia bersusah-payah cuba meyakinkan penerbit dan pengarah sebelum ini, beberapa pelakon popular lain di bawah pengurusan syarikat itu juga pernah dituduh sedemikian.
“Apabila orang tuduh saya ‘anak emas’, itu adalah tidak adil tanpa orang mengetahui asas di sebalik dakwaan berkenaan. Saya akui terkejut dan anggap tuduhan (anak emas) itu sebagai ujian buat saya,”
“Selama ini pun, saya terpaksa bersusah-payah bertemu dan meyakinkan banyak pihak pada bakat saya. Sebelum ini, ada juga beberapa pelakon lain di bawah MIG yang dituduh sebagai ‘anak emas’.Aeril menegaskan pemilihannya pada sesebuah karakter filem itu dilakukan mengikut kesesuaian watak dan kualiti lakonan. Ia tiada kaitan dengan sikap berat sebelah penerbit, mengampu atau kronisme.
“Kebetulan pula pada tahun ini, filem-filem yang saya bintangi pada tahun lalu menemui penonton, mungkin sebab itu ada yang tuduh saya menerima satu demi satu tawaran berlakon,” katanya dalam nada kesal.
“Peluang yang saya atau mana-mana pelakon lain terima dalam sesebuah filem atau drama mengikut kesesuaian dan rezeki masing-masing.Info : Mstar
“Apabila diberikan kepercayaan, saya menggunakan peluang itu sebaik dan sejujur yang mungkin,” katanya
ZoOM : APa Pendapat dan Komen Anda ?