Mac 21, 2012

Berita Terbaru : Awal Dan Scha Umum Kahwin Selasa Depan (27 Mac 2012) | Majlis Perkahwinan Awal Dan Scha


Akhirnya zaman bujang pasangan romantik ini akan melangsungkan perkahwinan mereka minggu depan, dan ia sudah pasti menjadi perhatian kerana minggu dan bulan ini ZoOM rasa tidak ada artis yang melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun mungkin artis suam-suam kuku yang masih mendaki gunung dan lautan dunia artis yang penuh onak duri (Opsss lari tajuk la pulak).

Apa-apa pun ZoOM doakan semoga anda bahagia hingga ke akhir hayat, bukan ke anak cucu je tau !!!!

Dan berikut berita mengenai majlis perkahwinan artis "Glamour" ini :

PETALING JAYA: Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.
“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.

Info : Mstar Online

ZoOM : Apa Komen Anda ??

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!