Februari 19, 2012

Talha Dan Hanez Suraya Bercinta

Walaupun kedua-duanya hanya berkias ketika ditanya oleh wartawan, namun ZoOM rasa sudah ada bibit cinta yang kian mekar. Bak kata anak-anak muda zaman sekarang "Dalam Hati Ada Taman", kalau betul teruskan je la tetapi sebelum menempuh hidup sebagi ikatan yang sah. Niat kena betul dan perbetulkan apa yang sepatutnya.


Dan berikut jawapan kedua-dua artis ini mengenai mereka :

Cerita Talha:

“Tak dinafikan memang Hanez adalah kawan perempuan yang paling rapat dan mesra dengan saya buat masa ni. Saya selesa dan ceria sangat setiap kali bertemu dengannya. Kalau sibuk shooting, saya pasti akan call sebab rindu. Hehe… 
“Memang hubungan kami lebih daripada seorang kawan, tapi belum lagi sampai tahap bercinta tau! Kalau akan datang, saya tak tahu la… Tapi ada la berharap jugak 
“Sebenarnya hubungan kami mula rapat bila sama-sama menjayakan karnival Jom Heboh di Bukit Jalil. Masa tu saya terlibat dengan promosi siri drama Cinta Elysa. Dia pula mewakili drama Bunga April. 
“Saya ni memang segan dengan perempuan, tapi dengan Hanez saya rasa selesa dan macam ada keserasian. Bila dah jumpa tu kami bertukar nombor telefon dan pin Blackberry Messager (BBM pin). 
“Bagi saya Hanez seorang gadis yang cukup istimewa. Dia cantik, ada pendirian, tak suka hidup dikongkong dan kadang-kadang dia degil bila nakkan sesuatu. Itu juga antara ciri-ciri wanita yang saya cari selama ni. 
“Saya memang sayangkan dia. Kalau ada jodoh tu… ada la… Saya tak nak terlalu berharap kerana tak nak kecewa. Pengalaman bercinta yang lalu buat saya berhati-hati menilai cinta.” Haa… Mula-mula memang rasa sayang, lepas ni rasa cinta pulak kan! Tak gitu uols!

Lel
aki manja seperti TALHA buat saya cair!


Manakala Hanez pula akui sayangkan Talha dan berminat untuk lebih kenal hati budinya.

Cerita Hanez:

“Hanez akui cara Talha buat Hanez selesa dan tenang. Dia soft spoken, pandai hormat orang, comel dan pandai bawa diri. Lakonannya pun bagus. 
“Nak tahu, Hanez sebenarnya memang dah jatuh cinta dengan sikap manjanya. Lelaki manja seperti Talha tu boleh buat Hanez cair dan lemah tau! Suka sangat! 
“Sebagai perempuan, Hanez tak nak la cakap lebih-lebih sebab kami tak bercinta pun. Namun jika dia lelaki yang ditakdirkan bercinta dengan Hanez, Hanez terima dia dengan ikhlas. Doakan yang terbaik buat kami ya!”

Demikian cerita Hanez yang sedang shooting siri drama Ariana Mikail (TV9) yang akan ditayangkan bermula 8 Januari setiap Isnin dan Selasa. Jangan lupa tonton tau! Mangga doakan Hanez terus sukses dan bahagia bersama Talha ya! Caayaang Hanez dan Talha!!

Info : Mangga Online

ZoOM : Kahwin Je !!
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!