Apa nak jadi dengan kumpulan Ahli Fiqir ni, Album dan lagu sudah ke udara tetapi bayaran belum dilunaskan !!!
Jedidiah Wong, seorang gitaris & produser bagi kumpulan Pop Shuvit, telah meluahkan rasa tidak puas hati’nya di laman Facebook & Twitter’nya dengan kata-kata “Daly of Ahli Fiqir failed to pay @jpopshuvit and @mixboy2105 production and mixing fees. Label already disbursed the funds…wassup lah?‘
Baca Selanjutnya
Menurut sumber, Ahli Fiqir memang menggunakan khidmat Popshuvit, JD, DJ Uno & AJ Popshuvit untuk album Irama Berima. Antara lagu-lagu yang melibatkan mereka adalah Fiqir-fiqir, Derita Merindu & Jangan Pergi Mawar.
Nampak’nya, mereka benar-benar kecewa dengan sikap Ahli Fiqir yang tidak endahkan kos pembayaran perkhidmatan. Kata Jedidiah lagi, Daly juga menggunakan bajet album berkenaan untuk membayar sewa rumah. Pada kami, mungkin si produser sudah cuba menghubungi Daly, namun masih gagal. Pendek cerita, kita tunggu sahaja jawapan daripada mulut kumpulan Ahli Fiqir sendiri. Bak kata Nabil Raja Lawak, “Lu pikir lah sendiri“
Zoom: Inilah namanya kemudahan Twitter dan Facebook, kalau tak suka satu malaysia boleh tahu.Nak dikatakan laman lepas geram pun ada selain daripada mencari kawan baru.Apa kata anda mengenai Gossip ini? Tak lama lagie keluar la surat khabar !!
Info: OHBULAN