Februari 07, 2010

(Cerita Artis) Emosi Mas Akademi Fantasia 2 sudah stabil !!!


Kisah artis kelahiran Sabah ini sebelumnya penuh dengan konterversi, sehinggakan beliau di tahan di Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur selama seminggu Februari tahun lalu.Dan yang terbaru kisah beliau yang kononnya melahirkan anak luar nikah..kesian dekat Mas ini, seribu satu dugaan yang mendatang ketika beliau ingin mencipta nama di arena seni.

Dengar khabar Mas menjadi "Boss" sate di Hotspring tawau sabah..Kalau anda pergi ke Tawau singgahlah kedai Sate Mas...!! Jum kita baca luahan Artis yang bergelar ibu ini.!!


Baca Selanjutnya

“Ada ke orang yang ‘sakit’ akan mengaku dia ‘sakit’? Lagipun, mana buktinya yang mengesahkan saya ‘sakit’ kerana doktor pun tidak memberitahu kepada bapa saya yang saya ‘sakit’. Saya memang tak ‘sakit’ pun.

“Doktor juga tidak memberikan saya apa-apa ubat kerana doktor kata saya tidak sakit apa-apa.

“Ketika berada dalam wad itu, saya banyak beristighfar dan mengingati ibu, bapa dan anak-anak saya kerana bimbang mereka risau dengan keadaan saya.

“Saya juga meminta Tuhan berikan petunjuk bagi membuktikan perkara yang tidak betul seperti yang disangkakan sebelum ini,” jelasnya.

Mas berkata, ada sebab mengapa dia dimasukkan ke wad yang menempatkan pesakit mental itu.

“Sebelum itu, banyak masalah yang menguji diri saya bermula daripada kereta saya dilanggar oleh kawan saya ketika hendak membuat pusingan ‘U’ semasa dalam perjalanan ke sebuah syarikat produksi filem untuk mendapatkan kerja.

“Bukan itu sahaja, saya juga berasa tertekan apabila pihak yang menguruskan album saya berbincang mengenai album itu tanpa persetujuan saya. Sepatutnya mereka perlu memberitahu saya untuk berbincang sekali.

“Semua perkara yang berlaku telah mencetuskan perbalahan antara saya dan kawan saya itu.

“Jadi, sebab itu saya ditempatkan di wad itu bagi mengelakkan saya berjumpa dengan kawan saya. Saya tidak mempunyai sesiapa untuk berlindung.

“Pihak hospital juga takut jadi apa-apa di luar kerana kita tidak tahu hati orang. Mereka pun memberi pendapat biarlah keluarga saya yang mengambil saya di situ kerana tidak boleh percayakan orang luar. Jadi, saya dibenarkan tinggal di situ untuk beberapa hari sehingga bapa saya sampai,” cerita Mas.