Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur terimalah seadanya, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan terimalah akibatnya.
Dan berikut pula "Statement" polis mengenai video seks tersebut.
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.
Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
"Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.
"Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam. Suka Gossip Ini ClickLah Like !!