Memaparkan catatan dengan label Ahli Parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ahli Parlimen. Papar semua catatan

Disember 20, 2011

News : ADUN Bukit Gasing Meninggal

Berita terbaru yang ZoOM Baca : ADUN Bukit Gasing, Edward Lee Meninggal.

Dan menurut info mendiang meninggal akibat kanser.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 18, 2011

Berita : Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo Lo Telah Meninggal Dunia


Seperti yang ZoOm "Post" sebelum ini yang menyatakan Ahli Parlimen ini berada dalam keadaan tenat, kini beliau telah kembali kepadanya, dan berikut keratan daripada Bernama mengenai berita beliau telah meninggal.


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. - BERNAMA


Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk  Arwah.
ZoOM : Al-Fatihah


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 15, 2011

Berita Malaysia : Dr Lo Lo Ahli Parlimen Titiwangsa Kritikal

Menurut info daripada laman blog Karatijau Dr Lo Lo Ahli Parlimen Titiwangsa dilaporkan kritikal. Beliau kini berada  Hospital Selayang dan sedang melawan barah paru-paru, baliau dikatakan tidak memberi respon kepada pelawat yang datang melawat beliau.

 Kita sebagai saudara seagama walaupun berbeza fahaman politik marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau kembali sihat.


 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

September 26, 2010

Zizie Dan Bung Buat Rumah Terbuka Hari Raya

Tahun ini merupakan hari raya pertama Zizie dan Bung, dalam kemeriahan di bulan yang mulia masyarakat islam termasuklah keluarga ini turut mengadakan rumah terbuka.

Januari 25, 2010

(Certa Artis) Zizie dan Bung bersuka ria hingga baju terkoyak !!!


Sepanas-panas gossip melanda fahrin,Sacha dan Awal akan panas lagi cerita Zizie dan Bung yang bersuka ria di Club Kota Kinabalu.Dengan baju sedondon berwarna hitam menandakan kemesraan mereka berdua ( X tau nak sambut apa mungkin sajer2 kot).Gambar ini ZooM dapat dari Forum Cari pagi ni, terkejut juga bila ternampak gambar ni..yerlah sampai terkoyang baju Zizie, mungkin kerana terlalu seronok hinggakan tak perasaan baju terkoyak.




Baca Selanjutnya







Nak baca komen pengirim :-

Semalam, 23 Januari, pasangan laki bini ni berjoli sakan kat club (Shen - WR, K.Kinabalu) sampai jam 4pagi...
Abe Bung berdansing cam orang mudo............. semoga hangpa kekal bahagia kay.
Puan mod.. mintak tacang lebih2 sikit yeah... gambaq baru ni. terima kasih! kepada yang nak mencuri gambaq ni........ letak la DEBRA FORUM CARI! sendiri mau pikir la...

Zoom: Tak tau nak komen apa dah...Sexy and Sosialnya suami isteri ini...!!! Apa kata anda ?

Disember 27, 2009

(Gossip) Zizie isteri ke empat Bung Mokhtar !!!


ZoOm terkejut juga baca gossip mengenai perkahwinan Zizie pelakon drama Suraya ni, mana taknya zoOm fikir yang kedua tetapi ada dua lagi sedia ada. Kalau betul la apa yang digossipkan di laman web gua ni, boleh tahan juga Datuk Bung mokhtar ni..!!! Jum kita ZoOm gossip isteri ke-empat Bung ini ( Kalau Betul ).



Baca Selanjutnya


Kelmarin, Cik Andalusia keluar minum dengan seorang rakan wartawan kerana sudah lama tidak tidak berjumpa. Dalam bercerita tentang kehidupan masing-masing, kami juga sempat bergosip perihal artis. Maklumlah sekarang ini macam-macam berita tergempar yang kita dengar. Salah satunya tentang Zizie Ezette yang berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah.

Menurut rakan Cik Andalusia itu, walaupun Zizie dan Datuk Bung Moktar sudah mengaku mereka sudah bernikah, tetapi masih ada rahsia yang belum terungkai. Hendak tahu apa rahsianya itu? Sebelum dihebahkan, Cik Andalusia hendak ingatkan pada semua, cerita ini hanyalah gosip, sama ada benar atau tidak, hanya pasangan ini yang boleh sahkan.

Menurut sumber kepada rakan Cik Andalusia, status Zizie sekarang bukanlah sebagai isteri kedua, tetapi sebenarnya dia adalah isteri keempat. Sebab itulah dia seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu tentang perkahwinannya itu. Bukan setakat mahu menjaga hati isteri pertama, tetapi isteri kedua dan ketiga juga. Alamak! Kalau betul gosip ini, Cik Andalusia memang terkejut dengan tindakan Zizie ini. Tidak sangka dia sanggup bermadu dengan ramai wanita. Kalau setakat seorang itu, Cik Andalusia boleh lagi terima.

Walau apa pun alasan Zizie, Cik Andalusia harapkan keputusan yang dibuat olehnya adalah yang terbaik. Semoga Zizie lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Bukan mudah menjalani kehidupan bermadu ini
.

Apa kata anda mengenai gossip ini ? makin panas lagi cerita zizie dan Bung ni...!!!


Disember 20, 2009

(Gossip) Pengakuan Bung Mokhtar Radin dan zizie sudah berkahwin !!!


Akhirnya Bung Mokhtar dan Zizie mengaku mereke berdua sudah berkahwin tetapi tempat dan tarik masih dirahsiakan kepada "Public".Jum kita zoom "statement" Zizie mengenai status isteri kedua Bung Mokhtar ini...!!!

PETALING JAYA: "Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah...," luah Zizie Ezette berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang akhirnya mengaku beliau sebenarnya sudah mengahwini aktres jelita itu baru-baru ini.

Dalam sebuah akhbar hari ini, Bung Mokhtar mengaku beliau dan Zizie sudah berkahwin tetapi tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan berlangsung.

Buat masa ini, ahli politik itu memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka dan berjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsi kelak



Baca Selanjutnya

Diminta mengulas tentang pengakuan tersebut, dalam nada tenang, pelakon berusia 31 tahun berkata, dia menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik itu.

Namun, bagi pihaknya sendiri, dia belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang pengakuan tersebut.

Zizie juga tidak mengiyakan mahupun menafikan tentang perkahwinan itu dan menyerahkan kepada masyarakat untuk berkata apa saja walaupun Bung Mukhtar mengaku telah mengahwininya.

"Saya dalam situasi yang sukar. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Insya-allah, bila masanya tiba, saya berjanji akan bercakap lanjut tentang perkara ini.

"Kalau betul saya sudah berkahwin pun, saya tidak salah di sisi hukum Allah, cuma mungkin saya bersalah mengikut hukum manusia. Tapi jika sudah ditakdirkan itu jodoh saya, elak macam mana pun tetap tidak boleh lari.

"Bagi siapa yang mengenali saya termasuklah wartawan-wartawan yang baik dengan saya, mereka tahu saya tidak pernah bercinta dengan suami orang. Semuanya adalah lelaki bujang. Tetapi kalau sudah jodoh, saya tidak mampu menghalang," ujar Zizie yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suraya.

Info: Mstar

Zoom : Bukankah elok sejak dari awal lagi berterus terang dengan "Public" mengenai status isteri kedua Bung MOkhtar, kan dah heboh satu Malaysia.Apa pun tahniah dan selamat penggantin baru kepada pasangan Bung dan Zizie, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..!! Boleh tahan juga dato-dato zaman sekarang ni, isteri muda-muda dan meletup..!!! Apa kata anda ?

Disember 17, 2009

(Gossip) Zizie Ezette & Bung Mokhtar Dikatakan Berkahwin !!?




Heboh juga Mengenai perkahwinan Ahli Parlimen Kinabatanga Sabah ini, tidak dapat di pastikan kesahihah gossip ini. Menurut info Bung Mokhtar menafikan yang beliau telah berkahwin dengan Zizie, jum kita zoom gossip ini !!!!



Baca Selanjutnya

"Saya tidak cukup kacak untuk beliau,” kata wakil rakyat Barisan Nasional itu di sini hari ini

Bagaimanapun, isu mengenai pernikahan Bung Mokhtar dengan dramatis terkenal itu telah menjadi buah mulut dan perbualan hangat ahli-ahli parlimen di bilik rehat Dewan Rakyat sepanjang hari ini.

Malah pasangan berkenaan disebut-sebut akan mengadakan majlis resepsi di salah sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur malam ini.

Beberapa ahli parlimen ketika ditemui wartawan mStar Online di lobi Parlimen petang tadi mengesahkan mereka telah menerima undangan untuk menghadiri majlis resepsi pernikahan Bung Mokhtar dengan Zizie malam ini tetapi merahsiakan tempat majlis itu akan berlangsung.

Sementara ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu cuba mendapatkan pengesahan berita perkahwinan itu daripada rakan-rakan mereka dan juga wartawan yang berada di bilik rehat.

"Kami dah dengar berita ni tapi tak ada siapa yang hendak mengesahkannya," kata seorang ahli Parlimen dari Johor kepada wartawan mStar Online.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Johor Baharu, Datuk Shahrir Abdul Samad kelihatan berbual dengan para wartawan dan ahli parlimen yang lain berhubung berita pernikahan Bung Mokhtar dan Zizie.

Mereka kedengaran berkata, kelibat Bung Mokhtar telah tidak kelihatan sejak petang semalam dan hari ini beliau tidak hadir langsung dalam sidang Dewan.

"Patutlah wajah Bung Mokhtar berseri-seri dan rambutnya kelihatan disikat rapi bersama gel sejak beberapa hari ini," kata seorang wartawan veteran yang sedang membuat liputan di persidangan parlimen.

Malah katanya, Bung Mokhtar seringkali ketawa besar seperti seorang yang sangat gembira dan dilamun cinta.

Sementara itu, ibu pelakon tersebut Khaty Fauziah yang dihubungi turut menafikan bahawa anaknya telah berkahwin dengan ahli politik tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya, perkara ini tak betul.

"Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," kata Khaty.

Ditanya perasaannya jika perkahwinan itu kelak akan memberi persepsi negatif terhadap anaknya apatah lagi ahli politik tersebut dikatakan sudah berumahtangga, dalam nada tenang, Khaty menjawab:

"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.

Zoom : Zizie bermadu ? betul ke zizie bernikah dengan Bung ? ada apa-apa info jum share...Apa-apa pun jum komen !!!?