Julai 18, 2011

Berita : Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo Lo Telah Meninggal Dunia


Seperti yang ZoOm "Post" sebelum ini yang menyatakan Ahli Parlimen ini berada dalam keadaan tenat, kini beliau telah kembali kepadanya, dan berikut keratan daripada Bernama mengenai berita beliau telah meninggal.


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. - BERNAMA


Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk  Arwah.
ZoOM : Al-Fatihah


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!