Memaparkan catatan dengan label Dr Lo Lo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Lo Lo. Papar semua catatan

Julai 18, 2011

Berita : Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo Lo Telah Meninggal Dunia


Seperti yang ZoOm "Post" sebelum ini yang menyatakan Ahli Parlimen ini berada dalam keadaan tenat, kini beliau telah kembali kepadanya, dan berikut keratan daripada Bernama mengenai berita beliau telah meninggal.


KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo Mohd Ghazali dari PAS yang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser meninggal dunia pada pukul 10.13 malam Ahad di Hospital Selayang. 
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.
Maklumat itu turut disiarkan melalui laman Twitter Dr Lo'Lo kira-kira 10.30 malam Ahad yang turut memaklumkan bahawa jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat. - BERNAMA


Marilah kita sama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah untuk  Arwah.
ZoOM : Al-Fatihah


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Julai 15, 2011

Berita Malaysia : Dr Lo Lo Ahli Parlimen Titiwangsa Kritikal

Menurut info daripada laman blog Karatijau Dr Lo Lo Ahli Parlimen Titiwangsa dilaporkan kritikal. Beliau kini berada  Hospital Selayang dan sedang melawan barah paru-paru, baliau dikatakan tidak memberi respon kepada pelawat yang datang melawat beliau.

 Kita sebagai saudara seagama walaupun berbeza fahaman politik marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau kembali sihat.


 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!