Memaparkan catatan dengan label Bung Mokhtar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bung Mokhtar. Papar semua catatan

Oktober 03, 2010

Gossip Bung Mokhtar Ceraikan Isteri Pertama

Desas desus panas mengenai keluarga ini semakin bergelora menyebabkan mereka tampil menjawap semua persoalan dan teka teki. Berikut Zoom sertakan jawapan pasangan ini mengenai gossip terbaru mereka;

"Tidak, mana ada. Ia cuma gosip sahaja," seloroh Bung ketika bertemu di majlis rumah terbukanya dan Zizie di kediaman mereka di Ukay Perdana.

September 26, 2010

Zizie Dan Bung Buat Rumah Terbuka Hari Raya

Tahun ini merupakan hari raya pertama Zizie dan Bung, dalam kemeriahan di bulan yang mulia masyarakat islam termasuklah keluarga ini turut mengadakan rumah terbuka.

Ogos 13, 2010

Bung Mokhtar bebas Hukuman Penjara

Bung Moktar Radin terlepas hukuman penjara sebulan yang dikenakan oleh Mahkamah Rendah Syariah di atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ketika menikahi pelakon Zizie Ezzette Disember lalu.



Rayuannya diterima oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini dengan alasan hukuman penjara yang dikenakan adalah terlalu berat memandangkan ia kesalahan pertama ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah itu. Beliau hanya dikenakan denda RM1,000.

Zoom: Bertuahnya Datuk Bung Mokhtar kita ni...rezeki bulan Ramadan semoga beliau akan kekal hingga ke akhir hayat.

Jun 08, 2010

Keputusan Mahkamah Bung Mokhtar Dan Zizie Khamis Ini !!!


Tak Lama Lagi heboh la mengenai perkahwinan YB Bung kita ni, tetapi jika RM1000 tu denda yang terlalu murah untuk dibayar.Nak buat macam mana, lelaki boleh kahwin 4, terima je la....


Permohonan berkenaan adalah selari dengan seksyen 12(2) Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303).


Hakim Kanan Syarie Mohd Abdul Radzi Abd Latif hari ini mendengar keterangan daripada Bung Mokhtar, 51; Zizie, 32; abang Zizie Izette yang bertindak sebagai wali Ahmad Shahazami, 48; serta dua adik beradik Zizie Izette (sebagai saksi) iaitu Samzy Fuzette, 34; dan Shaheizy Sam, 28.

Mei 20, 2010

Bung Dan Zizie Di Denda RM 1000.00 !!!!

Bung Mokhtar dan Zizie di Denda RM 1000 seorang malahan keluarga yang menjadi saksi turut tidak terlepas dari denda yang dikenakan oleh makamah Syariah semalam.



Sementara itu, bagi kesalahan bersubahat mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, Zizie Izette, Datuk Ahmad Shahazmi Abdul Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Titing Putang didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan.



Bung Moktar dan Zizie Izette serta tertuduh lain pada 20 April lalu mengaku bersalah atas 12 pertuduhan bersubahat melangsungkan majlis pernikahan di No. 12, Jalan TC 2B/3 Cemerlang Heights Taman Melati pada pukul 8.50 malam, 16 Disember 2009.


Ketika bernikah dengan pelakon tersebut, Bung Moktar masih mempunyai isteri, Datin Nor Asidah Alimudin yang dikahwininya sejak 24 Ogos 1991 di Sabah.


Zoom: Setakat RM 1000 mereka boleh, tetapi niat suci jika di buat secara suci pasti tidak akan menimbulkan masalah.Malas nak komen panjang-panjang mengenai gossip ini.Anda di Zoomartis bagaimana ??

Februari 14, 2010

(Gossip) Komen Zizie beliau bahagia bersama Datuk Bung Mokhtar

Perkahwinan penuh konterversi artis bernama Zizie dan Datuk Bung Mokhtar telah mengemparkan satu Malaysia.Kisah perkahwinan mereka menjadi buah mulut semua masyarakat sehinggalah ke dalam Parlimen ia menjadi topik hangat.

Bak kata pepatah masuk telinga kanan keluar telinga kiri, akhirnya kisah perkahwinan mereka semakin lenyap dan tinggal kenangan.mari kita baca luahan dan kisah terbaru pasangan bahagia ini..!!



Baca Selanjutnya

Perkahwinan di antara ahli parlimen, Datuk Bung Mokhtar Radin dengan aktres Zizie Izette bukanlah menjadi satu rahsia lagi. Namun, masih ramai yang tertanya-tanya mengapa dan bagaimana Zizie memilih Bung Mokhtar sebagai jodohnya.

"Kalau hendak cerita pasal paras rupa, memang dia tiada apa-apa. Yalah, dia bukannya tergolong dalam kategori lelaki yang kacak atau handsome. Tapi, bila sudah mengenali hati budinya itu, barulah saya mengetahui bahawa dia mempunyai banyak kualiti sebagai seorang lelaki yang sebenar. Selain berpendirian tegas, dia tahu apa yang dia inginkan, bijak, berani serta penuh dengan idea. Saya bangga dengan kualiti yang dimilikinya itu dan walaupun dia tidak kacak tetapi saya lihat dia punya manisnya yang tersendiri,"
kata Zizie.

Zoom: Kita Doakan je la...!!! apa kata anda !?

Januari 25, 2010

(Certa Artis) Zizie dan Bung bersuka ria hingga baju terkoyak !!!


Sepanas-panas gossip melanda fahrin,Sacha dan Awal akan panas lagi cerita Zizie dan Bung yang bersuka ria di Club Kota Kinabalu.Dengan baju sedondon berwarna hitam menandakan kemesraan mereka berdua ( X tau nak sambut apa mungkin sajer2 kot).Gambar ini ZooM dapat dari Forum Cari pagi ni, terkejut juga bila ternampak gambar ni..yerlah sampai terkoyang baju Zizie, mungkin kerana terlalu seronok hinggakan tak perasaan baju terkoyak.




Baca Selanjutnya







Nak baca komen pengirim :-

Semalam, 23 Januari, pasangan laki bini ni berjoli sakan kat club (Shen - WR, K.Kinabalu) sampai jam 4pagi...
Abe Bung berdansing cam orang mudo............. semoga hangpa kekal bahagia kay.
Puan mod.. mintak tacang lebih2 sikit yeah... gambaq baru ni. terima kasih! kepada yang nak mencuri gambaq ni........ letak la DEBRA FORUM CARI! sendiri mau pikir la...

Zoom: Tak tau nak komen apa dah...Sexy and Sosialnya suami isteri ini...!!! Apa kata anda ?

Januari 03, 2010

(Gossip) Zizie terima BMW Sport sebagai hadiah perkahwinan !!!



Bertuahnya badan sudah la melancong di Eropah bersama suami tercinta, dapat pula sebijik kereta BMW Sport berwarna hitam dengan no pendaftaran WPY 2121 yang membawa maksud zizi sebagai hadiah perkahwinan dari suami.



Baca Selanjutnya

Sumber memberitahu, Zizie melangsungkan pernikahannya dengan Ahli Parlimen Kinabatangan itu apabila mengambil cuti dua hari daripada penggambaran pada 16 Disember lalu.

Selain berbulan madu ke Eropah dan kereta mewah sebagai hadiah perkahwinan, Zizie juga kini mempunyai syarikat penerbitan sendiri yang dikenali 2121 Vision Pictures Sdn. Bhd. Walaupun sudah mempunyai syarikat penerbitan sendiri, Zizie dikatakan akan meneruskan kerjayanya dalam bidang lakonan.

Zoom: selamat berbulan madu zizie dan dato Bung..!! apa kata anda ?

Disember 27, 2009

(Gossip) Zizie isteri ke empat Bung Mokhtar !!!


ZoOm terkejut juga baca gossip mengenai perkahwinan Zizie pelakon drama Suraya ni, mana taknya zoOm fikir yang kedua tetapi ada dua lagi sedia ada. Kalau betul la apa yang digossipkan di laman web gua ni, boleh tahan juga Datuk Bung mokhtar ni..!!! Jum kita ZoOm gossip isteri ke-empat Bung ini ( Kalau Betul ).



Baca Selanjutnya


Kelmarin, Cik Andalusia keluar minum dengan seorang rakan wartawan kerana sudah lama tidak tidak berjumpa. Dalam bercerita tentang kehidupan masing-masing, kami juga sempat bergosip perihal artis. Maklumlah sekarang ini macam-macam berita tergempar yang kita dengar. Salah satunya tentang Zizie Ezette yang berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah.

Menurut rakan Cik Andalusia itu, walaupun Zizie dan Datuk Bung Moktar sudah mengaku mereka sudah bernikah, tetapi masih ada rahsia yang belum terungkai. Hendak tahu apa rahsianya itu? Sebelum dihebahkan, Cik Andalusia hendak ingatkan pada semua, cerita ini hanyalah gosip, sama ada benar atau tidak, hanya pasangan ini yang boleh sahkan.

Menurut sumber kepada rakan Cik Andalusia, status Zizie sekarang bukanlah sebagai isteri kedua, tetapi sebenarnya dia adalah isteri keempat. Sebab itulah dia seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu tentang perkahwinannya itu. Bukan setakat mahu menjaga hati isteri pertama, tetapi isteri kedua dan ketiga juga. Alamak! Kalau betul gosip ini, Cik Andalusia memang terkejut dengan tindakan Zizie ini. Tidak sangka dia sanggup bermadu dengan ramai wanita. Kalau setakat seorang itu, Cik Andalusia boleh lagi terima.

Walau apa pun alasan Zizie, Cik Andalusia harapkan keputusan yang dibuat olehnya adalah yang terbaik. Semoga Zizie lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang. Bukan mudah menjalani kehidupan bermadu ini
.

Apa kata anda mengenai gossip ini ? makin panas lagi cerita zizie dan Bung ni...!!!


Disember 20, 2009

(Gossip) Pengakuan Bung Mokhtar Radin dan zizie sudah berkahwin !!!


Akhirnya Bung Mokhtar dan Zizie mengaku mereke berdua sudah berkahwin tetapi tempat dan tarik masih dirahsiakan kepada "Public".Jum kita zoom "statement" Zizie mengenai status isteri kedua Bung Mokhtar ini...!!!

PETALING JAYA: "Kalau Datuk dah cakap ya (sudah berkahwin), ya lah...," luah Zizie Ezette berhubung kenyataan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang akhirnya mengaku beliau sebenarnya sudah mengahwini aktres jelita itu baru-baru ini.

Dalam sebuah akhbar hari ini, Bung Mokhtar mengaku beliau dan Zizie sudah berkahwin tetapi tidak memaklumkan tarikh dan tempat pernikahan berlangsung.

Buat masa ini, ahli politik itu memohon semua pihak agar menghormati privasi mereka dan berjanji akan mengundang media jika mereka mengadakan majlis resepsi kelak



Baca Selanjutnya

Diminta mengulas tentang pengakuan tersebut, dalam nada tenang, pelakon berusia 31 tahun berkata, dia menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli politik itu.

Namun, bagi pihaknya sendiri, dia belum bersedia untuk mengulas lanjut tentang pengakuan tersebut.

Zizie juga tidak mengiyakan mahupun menafikan tentang perkahwinan itu dan menyerahkan kepada masyarakat untuk berkata apa saja walaupun Bung Mukhtar mengaku telah mengahwininya.

"Saya dalam situasi yang sukar. Saya perlu menjaga hati banyak pihak. Insya-allah, bila masanya tiba, saya berjanji akan bercakap lanjut tentang perkara ini.

"Kalau betul saya sudah berkahwin pun, saya tidak salah di sisi hukum Allah, cuma mungkin saya bersalah mengikut hukum manusia. Tapi jika sudah ditakdirkan itu jodoh saya, elak macam mana pun tetap tidak boleh lari.

"Bagi siapa yang mengenali saya termasuklah wartawan-wartawan yang baik dengan saya, mereka tahu saya tidak pernah bercinta dengan suami orang. Semuanya adalah lelaki bujang. Tetapi kalau sudah jodoh, saya tidak mampu menghalang," ujar Zizie yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Suraya.

Info: Mstar

Zoom : Bukankah elok sejak dari awal lagi berterus terang dengan "Public" mengenai status isteri kedua Bung MOkhtar, kan dah heboh satu Malaysia.Apa pun tahniah dan selamat penggantin baru kepada pasangan Bung dan Zizie, semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..!! Boleh tahan juga dato-dato zaman sekarang ni, isteri muda-muda dan meletup..!!! Apa kata anda ?