Desas desus panas mengenai keluarga ini semakin bergelora menyebabkan mereka tampil menjawap semua persoalan dan teka teki. Berikut Zoom sertakan jawapan pasangan ini mengenai gossip terbaru mereka;
"Tidak, mana ada. Ia cuma gosip sahaja," seloroh Bung ketika bertemu di majlis rumah terbukanya dan Zizie di kediaman mereka di Ukay Perdana.
Zizie pula berkata, dia harap gosip sebegini tidak akan timbul lagi kerana risau jika ia mengguris hati pihak lain.
"Setakat ini hubungan Bung dengan isteri pertamanya baik dan saya harap khabar angin ini tidak berlarutan kerana ia memberi impak kepada keluarga kami.
"Saya pun tidak mempunyai sebarang masalah dengannya," ujar Zizie.