Pilihanraya kecil Kerdau menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon Barisan Nasional (BN) Syed Ibrahim Syed Ahmad dicabar calon PAS Hassanuddin Salim. Pilihanraya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lepas. Pada PRU 2008, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang memperoleh 4,135 undi, mempertahankan kedudukan Barisan Nasional (BN) di Kerdau, mengalahkan calon PAS, Hassanuddin Salim, yang memperoleh 2,520 undi dengan majoriti 1,795 undi.
Keputusan pilihanraya kecil kali ini pula akan ditentukan oleh seramai 8,999 orang pemilih berdaftar, iaitu 8,984 pemilih biasa dan 15 pengundi pos.
Selain daripada DUN Kerdau, pilihanraya kecil juga turut diadakan serentak hari ini di DUN Merlimau, Melaka. Keputusan penuh di kawasan berkenaan boleh diikuti di laman: Keputusan Pilihan Raya DUN Merlimau.
Kemaskini: Perjalanan Pilihan Raya DUN Kerdau
- 8.00 pagi: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil DUN mula dibuka.
- 8.20 pagi: Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Kuala Tekal, Kuala Krau.
- 8.55 pagi: Suasana di luar pusat pengundian SMK Kerdau tegang apabila berlaku ‘perang mulut’ antara penyokong PAS dan BN.
- 9.35 pagi: Sehingga pukul 9.30 pagi, jumlah keluar mengundi ialah 1,399 orang atau 15.55 peratus.
- 10.30 pagi: Sehingga pukul 10 pagi, jumlah keluar mengundi ialah seramai 3,262 orang atau 36.25 peratus.
- 10.35 pagi: Suasana mengundi di Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 22, Felda Jengka 22 berjalan dengan lancar. Pengundi mula datang menunaikan tanggungjawab masing-masing.
- 11.25 pagi: SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi sehingga 11 pagi ialah sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.
- 12.30 tengah hari: Sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 5,874 pengundi atau 65.27 peratus telah keluar mengundi.
- 2.00 petang: Seramai 6,805 orang atau 75.62 peratus sudah menunaikan tanggungjawab mereka.
- 3.30 petang: Sehingga pukul 3 petang, seramai 7,149 orang pengundi atau 79.44 peratus sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
- 4.00 petang: Kira-kira 81.52 peratus atau 7,336 orang telah mengundi.
- 5.00 petang: Pusat pengundian ditutup. Seramai 7,480 atau 83 Peratus keluar mengundi.
- – - – - -
6.34pm: BN – 2,021, PAS – 956
Info : KulanzSaleh