Memaparkan catatan dengan label Pawagam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pawagam. Papar semua catatan

Disember 18, 2011

Kutipan Filem Ombak Rindu Mencecah RM10 Juta

Kutipan filem Ombak Rindu kini menuju ambang kemasyuran kerana mungkin menjadi salah satu filem melayu yang memecah panggung diseluruh negara. Sekaligus rekod kutipan tertinggi, ini kerana setelah 17 hari ditayangkan kutipan filem ini telah mencapai RM10 juta.

Jika ikutkan peraturan wajib tayang filem ini sudah tidak sepatutnya berada dipawagam, namun kerana permintaan oleh peminat dan mungkin pemilik pawagam merasakan filem ini masih ramai yang ingin menyaksikan ia telah dilanjutkan 2 minggu lagi.

Fenomena FILEM yang dihasilkan daripada adaptasi novel semakin menjadi perhatian, jika sebelum ini penerbit Tarantella telah menerbitkan filem Lagenda Budak Setan dan yang terbaru Ombak Rindu hasil tulisan Fauziah.

Januari 22, 2011

Filem Baru : Sinopsis Momok Jangan Panggil Aku ( 5 Mei 2011 )



Pengarah : M.Jamil Syarikat Penerbit : Galaksi Seni Sdn. Bhd. Bahasa : Bahasa Melayu kategori : Filem Cereka Genre : Seram Tarikh Tayangan : 05 Mei 2011 Durasi : 104 min Audio : Stereo



Sinopsis:

Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan. Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti.
Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis.

November 21, 2010

Filem Harry Potter and The Deathly Hallows

Harry Potter. siapa yang tak pernah dengar tentang nama tersebut. berasal dari novel yang dutulis oleh J.K.Rowling sehingga ke layar perak. filem ke 7 Harry Potter ini akan dibahagikan kepada 2 part. part 1 akan ditayangkan pada tahun ini. dan part 2 pada tahun depan. filem Harry Potter and The Deathly Hallows ini akan memaparkan cerita tentang Harry Potter, Hermione Granger, Ron Weasley dan rakan-rakan di

September 23, 2010

Filem : Sinopsis Dan Triller Jangan Pandang Belakang Congkak 2 Di Pawagam 7 Oktober

JPBC 2 mengisahkan Punai (Mazlan Pet Pet) dan Asmat (Cat Farish) dalam usaha menewaskan Mustika (Lisa Surihani) dan Pak Mor (Azlee). Mereka akhirnya dipertemukan dengan Wak Ketari (Bob Kuman) untuk mempelajari ilmu kebomohan.