Memaparkan catatan dengan label Kumpulan Bunkface. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kumpulan Bunkface. Papar semua catatan

Mac 07, 2011

Ayah Gitaris Kumpulan Bunkface Meninggal Dunia - AL-Fatihah

Marilah kita sama-sama sedekahkan Surah AL-Fatihah kepada arwah gitaris Kumpulan Bunkface yakni Youk Jaafar.

AL-Fatihah

Mac 04, 2010

(Gossip) Sam Dan Juliana sudah putus cinta !!?


Didapati hubungan cinta di antara Juliana dan Sam sudah pun berakhir. Berita ini dimaklumkan sendiri oleh informer yang kebetulan baru-baru ini telah berurusan dengan Juliana. Dia cakap Juliana dan Sam baru saja clash.

Jugak dengar yang dia orang berdua (Juliana dan  Sam) ni bercinta. Tapi, tak sangka pulak hubungan mereka tak bertahan lama.

Juliana Even sibuk dengan kerjaya pengacaraanya, Sam pula tengah sibuk buat show sana-sini dengan Bunkface. Lagipun mereka berdua pun masih muda. Kerjaya seni mereka pun berdua tengah mencanak 

Februari 11, 2010

(Gossip) Julia masih menyintai Sam Bunkface !!!

Masih ada sinar cinta dari gadis ini untuk insan bernama Sam bunkface,walaupun terpaksa melalui halangan demi halangan beliau masih ingin meneruskan percintaan yang bina.

Anak gadis ini yang juga sebagai pengacara, model dan pelakon Juliana Sophie Johari Evans, 21, tidak ingin bercerita mengenai kisahnya ketika ditemubual oleh wartawan..Mari kita baca luahan anak gadis ini mengenai insan yang dicintainya..!!




Baca Selanjutnya


"Kami masih lagi bercinta dan itu saja yang boleh saya katakan. Saya tidak mahu hipokrit dan kalau benda itu betul, saya akan cakap betul. Tetapi, untuk cakap lebih-lebih mengenai hal ini, saya tidak mahu lagi.
"Bukan apa, tahun lalu saya mengambil keputusan untuk berehat beberapa bulan dari industri kerana ingin fokus pada pelajaran. Tetapi, lain pula jadinya apabila saya berterus-terang mengenai percintaan dengan Sam.

Oktober 17, 2009

(Cerita Artis) Bunkface buat persembahan di Perth !!!


BUAT julung-julung kalinya persada muzik antarabangsa mengiktiraf kemenangan besar sebuah kumpulan muzik tanahair! Pemenang Anugerah Utama Shout! Awards – Bunkface, bakal meledakkan bumi Perth, Australia Oktober ini!

Kemenangan besar Bunkface di dalam Anugerah Shout! Award membuka mata pihak One Movement For Music Perth (OMFM) untuk menjemput mereka bertandang ke Perth dan sekaligus memberi ruang untuk mereka membuat persembahan selama 30minit. Festival ini bakal berlangsung dari 16 – 18 Oktober 2009 di Perth Australia.

Shout! Awards, majlis penganugerahan buat industri hiburan tanahair, merupakan sebuah anugerah yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang memberi impak yang besar dan sesuatu yang segar dalam karya-karya mereka untuk industri hiburan Malaysia. Anugerah ini dilihat sebagai satu platform yang bagus untuk artis-artis kita untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa.




Baca Selanjutnya

Pihak 8TV telah dijemput ke festival muzik ini dan pemilihan Bunkface sebagai pemenang utama di Shout! Awards adalah bertepatan dan menepati konsep festival kerana Bunkface merupakan band yang cukup berbakat dan popular yang telah memikat jutaan pendengar muzik.

“Kami cukup teruja kerana penganjur OMFM menyedari kepentingan Shout! Awards untuk artis-artis tempatan kita lebih dikenali dan OMFM telah menjemput pemenang anugerah utama Shout! Awards untuk bersama-sama terlibat dalam festival muzik ini. Kami percaya Shout! Awards telah membuka banyak peluang untuk band-band tempatan kita untuk lebih dikenali di luar,” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Festival OMFM menjadi medan ujian buat kumpulan anak muda berbakat besar ini untuk mempersembahkan kelainan dan keunikkan muzik dan jiwa baru sebenar rakyat Malaysia.

“OMFM menjadi platform untuk kami memperkembangkan bakat dan kami berterima kasih kepada 8TV di atas kemenangan besar kami di Shout! Awards lalu. Sokongan moral serta tajaan 8TV ke Perth sepanjang perjalanan kami di sana, amat kami hargai. ” ujar penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam.

“Kami cukup teruja dan berbangga kerana telah dipilih untuk menyertai festival muzik yang bakal disaksikan oleh jutaan penonton dari seluruh pelosok negara. Kami sememangnya tidak sabar untuk beraksi di pentas OMFM!” tambah Sam lagi.

Bunkface turut memenangi Anugerah ‘Break Out Awards’ (Bakat Baru Terbaik) selain berjaya menggondol anugerah utama iaitu ‘Ultimate Shout! Award’.

Jika anda penggemar muzik yang dahagakan sesuatu yang segar, OMFM ada segalanya untuk anda! OMFM 2009 merangkumi 2 buah taklimat (the One Movement MUSEXPO Asia Pacific and One Movement – The Independent Times).

Taklimat yang dibuat bakal dikendalikan oleh 30 orang panel yang turut menyelitkan persembahan dari beberapa orang artis yang pastinya memberikan kepuasan sebenar kepada pencinta muzik.

Dua hari festival muzik. – the One Movement Showcase Music Festival pula akan menampilkan lebih 80 artis yang bakal membuat persembahan di Perth’s picturesque Esplanade.

Festival Muzik yang berlangsung ini akan disertai nama-nama besar dari pelbagai negara.

Sememangnya OMFM merupakan sebuah festival yang cukup ditunggu-tunggu oleh penggemar muzik.

Bagi peminat-peminat Bunkface, pastikan anda semua tidak ketinggalan akan cerita-cerita terbaru band kesayangan anda ini kerana pihak 8TV Quickie yang turut mengikuti rombongan ke Perth ini akan turut merakamkan segala pengalaman dan perjalanan Bunkface untuk dibuat dokumentari khas. Yang akan disiarkan 8TV juga tidak lama lagi.

Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.onemovementmusic.com/home.

Anda juga boleh menonton siaran 8TV di saluran 708 Astro atau melayari mobile.8tv.com.my menerusi telefon bimbit.

Info: Mstar

Zoom KOmen: Tahniah zoom ucapkan untuk artis kumpulan Bunkface ni, nampak nya maju setapak lagie perjuangan anak muda ini.disamping itu jaga lah nama malaysia di luar sana. Jangan hanya Gah pada popular sahaja..!! tahniah sekali lagiee..!!! Apa KOmen anda ?


Julai 20, 2009

(Celebrity News) Kebangkitan Bunkface Menggondol Tiga Anugerah!!


Hebat sungguh penangan Bunkface terhadap industri hiburan tanah air. Dalam Anugerah Shout Award terbitan 8TV, Bunkface mengungguli tiga anugerah iaitu Rockstar Award, Break Out Award dan Ultimate Shout Award.

Shout Award merupakan anugerah yang diadakan untuk meraikan mereka yang terlibat dalam industri muzik, filem, TV dan radio. Rancangan yang disiarkan secara langsung menerusi 8TV ini menyaksikan penganugerahan bagi mereka yang telah memberi revolusi baru dalam industri muzik tempatan.

Pastinya pemilihan Bunkface amat bertepatan dengan konsep yang cuba ditonjolkan 8TV. Muzik indie dan gaya bersahaja yang cuba disampaikan mereka berjaya menambat hati peminat untuk beralih kepada muzik yang selama ini hanya terkenal di kalangan peminat underground.

Apa-apa pun jutaan tahniah dan syabas diucapkan kepada Bunkface di atas kejayaan menggondol tiga anugerah yang pastinya amat bermakna kepada perjuangan muzik mereka.